Nasi Lemak Paris Jadi Kesayangan Rakyat Malaysia Di Mata Dunia!

Nasi Lemak Paris merupakan satu nama yang sangat jarang kita dengar. Apabila terdengar, pasti pelbagai soalan yang akan timbul. Persoalan seperti mengapa Paris? Apa kaitannya menu tradisional Malaysia, Nasi Lemak dan juga negara terkenal di mata dunia itu?

Nasi Lemak Paris merupakan sebuah perniagaan yang dimulakan oleh dua orang rakyat Malaysia di negara Paris.  Affy atau Mohd Afizuddin Ahmad Apandi merupakan salah seorang dari antara rakannya yang gigih dalam cuba merealisasikan cita-citanya untuk perniagaan kafe makanan halal Malaysia di negara tersebut.

Ikuti bual bicara Donna bersama pengusahanya:

Pada percubaan pertamanya dalam mengusahakan menu tradisional Malaysia, Nasi Lemak itu tidak mendapat sebarang sambutan langsung.  Lebih daripada 10 bungkus Nasi Lemak dimasak oleh Affy dan rakannya dan dibawa ke menara Eiffel Paris untuk dijual.

Affy dan rakanya pulang ke kediaman mereka di Paris dengan perasaan kecewa. Namun, pengalaman itu tidaklah mematahkan semangat mereka. Beberapa usaha dilakukan sebagai perubahan, dan ternyata menu itu menjadi kesayangan sebahagian besar daripada masyarakat Paris.

 

View this post on Instagram

 

Repost from @gdaalimuddin Bon appétite 😀 #nasilemakparis #sedapbaqhang ・・・ Thank you for the support.Glad you liked it, hope to see you guys again soon. NOTE: Whatapps (No call or SMS or Dm) us at +33754023344 to book the time and date.WhatApps atleast 24 hours before to book delivery slot .Click the link at the profile for full menu and order format. Terima kasih and merci NLP NASI LEMAK PARIS Instagram & Facebook & Twitter: nasilemakparis NLP- Be the best,lead the rest” ps: follow @tehtarikparis for Malaysian Drinks and Desserts in Paris – Coming soon #paris #nasilemakparis #foodporn #malaysia #halalfood #parishalal #travel #halal #nasiuduk #makananmelayu #melayuparis #NLP#makananhalalparis #halalparis #halalfoodparis #parishalalfood #singapore#trending #brunei#indonesia#lefooding #brunika #bruneifoodies#tehtarikparis

A post shared by Malaysian Halal Food Paris NLP (@nasilemakparis) on

Mengapa Nasi Lemak Paris?

Apabila ditanya, mengapakan negara Paris yang menjadi pilihan untuk memulakan perniagaan ini, Affy menyatakan Paris merupakan sebuah negara yang mempunyai tumpuan pelancong tertinggi di dunia dan oleh kerana itu ini memberi peluang yang tinggi kepada perniagaan tersebut.

Selain dari itu, perniagaannya turut dibantu oleh para pelanggan Nasi Lemak Paris! Menarik bukan? Affy kongsikan di mana pelanggan membawakan bekal bahan penyediaan menu tersebut. Perkongsian itu membuatkan Affy terharu dek kerana bantuan itu hadir dengan tanpa dipinta. Semoga Nasi Lemak Paris terus kekal berkembang di mata dunia dan terus mengharumkan nama Tanah Air kita!

 

Baca juga:

Nampak Mengiurkan, Tapi Betul Ke  Makanan Sejuk Haram Disentuh Ketika Pantang?

Senarai Makanan Tepat Untuk Mereka Berpenyakit Darah Tinggi

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna