Nampak Sihat! Tapi Diet Anda Boleh Musnah Kerana Makanan Ini…

Punyalah kita catu makanan setiap hari dengan harapan berat badan kita menurun. Tak tahulah kenapa berat kita macam itu juga. Setahu kita, setiap makanan yang kita ambil sudah cukup berkhasiat. Ha, jangan tertipu! Sebenarnya ada makanan yang kelihatan sihat tapi sebenarnya mengandungi banyak gula.

Kalau merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan gula bagi setiap orang dewasa sepatutnya tidak lebih 10 sudu teh sehari (50g). Ada makanan yang kita sangkakan tak ada gula, tapi sebenarnya mengandungi kandungan gula yang banyak.

Ini kami senaraikan empat makanan untuk anda perhatikan, supaya anda tak ‘makan’ gula secara berlebihan!

Oatmeal segera

via GIPHY

Banyak orang beranggapan semua jenis oatmeal menyihatkan dan rendah kolestrol. Tetapi tidak untuk oatmeal segera (instant oatmeal). Setiap paket oatmeal segera sebenarnya mengandungi 14 gram gula. Oleh itu, anda disarankan untuk rendam oatmeal yang bukan dalam pek segera semalaman terlebih dahulu. Campurkan setengah gelas oat dengan setengah gelas susu. Anda akan dapati tekstur oat akan lebih pagi.

BACA: 5 Nasihat Untuk Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Granola

Granola juga selalu dianggap sebagai makanan yang sihat, tetapi jangan mudah tertipu! Granola selalu dicampurkan dengan pemanis seperti sirap maple, madu dan lain-lain dalam jumlah yang banyak. Justeru, ketika membeli granola, sentiasalah tengok-tengok bahan yang digunakan pada label. Pastikan granola tersebut lebih banyak serat dan kurang kandungan gula.

Makanan sejuk beku

via GIPHY

Meskipun penyediaannya sangat praktikal dan sedap dalam masa yang sama, tetapi ada sesetengah makanan sejuk beku sebenarnya mengandungi sekitar 20 hingga 40 gram gula dalam setiap sajian. Anda juga harus berhati-hati dengan makanan yang ada label rendah lemak atau tanpa lemak. Selalunya makanan sejuk beku yang diambil kandungan lemaknya digantikan dengan sesuatu yang lain, dan selalunya sesuatu yang lain itu ialah gula atau garam

Roti tawar

Nama sahaja tawar, tetapi roti juga boleh mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ada sesetengah roti, bahan yang digunakan ialah fruktosa tinggi dan juga sirap jagung. Biasakan membaca komposisi nutrisi pada label roti kerana tidak semua roti mengandungi gula.

BACA:  Jangan Sedih, Gemok Boleh Kurus Zulin Aziz Bagi Nasihat Tentang Penampilan

Lepas ini anda cuba check balik betul ke makanan dekat dapur anda benar-benar sihat? Ingat tau, semua yang segera walaupun Oatmeal tidak baik untuk kesihatan. Alang-alang nak amalkan gaya hidup sihat, pilihlah makanan yang benar-benar berkhasiat.

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna