Nampak Perkara Kecil Tapi Jangan Sesekali Kritik Fizikal Anak

Tengok dia tu dik, badan besar sihat je. Tak macam kau ni ha, makan sikit. Tu badan kurus kecik je!”

Mesti kita pernah dengar si ibu membandingkan anak mereka dengan anak orang lain atau kita sendiri pernah mengkritik anak kita di hadapan orang tak kira dalam kalangan sepupu, adik beradik mereka atau anak kawan kita.

Apa yang menyedihkan lagi, mereka ini dibandingkan kerana penampilan kurang menyerlah. Misalnya, berkulit gelap, berbadan gempal atau kurang kepintaran IQ sering menjadi ejekan dan bahan gurauan.

via GIPHY

Ada kesan buruk kritik fizikal…

Bagi anda, mungkin sesuatu yang melucukan, hakikatnya memberi satu tamparan hebat terhadap emosi kepada mereka sehinggakan menyebabkan si kecil hilang keyakinan diri dan berpewatakan mereka lebih inferior berbanding rakan sebaya yang lain.

Malah, mungkin apabila mereka meningkat dewasa sikit, mereka akan melakukan sesuatu di luar jangka. Misalnya, menyakiti diri sendiri, mengalami depresi atau ingin bunuh diri.

Perkara ini diterangkan lagi lebih terperinci oleh Public Health Malaysia menerusi laman Facebook mereka apa yang dimaksudkan kritikan fizikal.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang mungkin kita sendiri tak perasan sebenarnya kita kritik fizikal si manja. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, selalulah ingatkan bahawa setiap orang ada kelebihan tersendiri dan bercakap yang baik-baik.

Ingat. Jangan robohkan keyakinan diri mereka. Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Anak Pasti Suka! Jom Buat ‘French Toast’ Guna ‘Microwave’

Ada Batas! Ini Bahagian Anggota Anak Yang Tidak Boleh Dicium

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: PHM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna