Nampak Mengiurkan, Tapi Betul Ke ‘Makanan Sejuk’ Haram Disentuh Ketika Pantang?

Mengikut tradisi dan amalan tradisional orang Melayu, fasa berpantang selepas melahirkan anak adalah tempoh masa yang sangat mustahak. Si ibu wajib patuh dan taat kepada pantang larang yang diberikan bagi menyembuhkan luka beranak dan pada masa yang sama mengembalikan bentuk asal tubuh ibu kepada yang asal.

Ini kerana, semasa melahirkan, si ibu melalui sebuah proses yang sangat rumit termasuklah pengecutan rahim, hormon tak seimbang, ketegangan urat sarat dan kehilangan tenaga semasa melahirkan. Maka, ada beberapa perkara yang si ibu perlu lakukan dalam tempoh berpantang dan antaranya ialah menjaga makan.

Sumber: Asianparent

Mungkin anda pernah dengan yang ibu berpantang tidak boleh makan makanan yang ‘sejuk’ sepanjang tempoh berpantang. Tapi, adakah ia benar atau hanya sekadar mitos semata-mata? Apa pula yang dimaksudnya dengan makanan sejuk itu?

BACA: Lelaki Kena Tahu 3 Pantang Larang Bila Bercakap Dengan Wanita

Kalau anda nak tahu, sebenarya tak ada kajian saintifik pun yang membuktikan pengambilan makanan ‘sejuk’ boleh menyebabkan perut kembung perut atau sakit badan. Cumanya ketika hamil dulu, badan wanita ada mengeluarkan hormon yang dipanggil relaxin yang berfungsi untuk melonggarkan sendi dan ligamen bagi memudahkan proses bersalin.

Namun, ada juga beberapa makanan yang memang disaran untuk diambil dan dielakkan oleh ibu yang baru bersalin. Jom kita tengok!

Ubi

Ibu yang berpantang selalunya akan elak untuk makan makanan jenis ubi seperti keledek, keladi atau ubi kayu. Jangan risau, para ibu boleh ambil makanan daripada kumpulan bijirin yang lain seperti nasi untuk sumber karbohidrat.

Sumber: Hafiz Rahim

Sayur dan buah

Selalunya ibu bersalin akan berdepan dengan sembelit dan serat untuk melancarkan pembuangan. Maka, ibu bersalin disarankan untuk ambil vitamin, mineral, fitokimia dan serat.

BACA: Wujud Ke Berpantang Secara Moden Sekarang?

Telur dan ayam?

Ada yang cakap kedua-dua makanan ini sebagai berbisa. Ertinya, ia akan melambatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin. Namun, makanan seperti ikan, ayam dan telur  ini merupakan sumber protein yang baik. Cuba dulu, kalau tak kena baru boleh tukar kepada sumber lain.

Demikianlah antara huraian panjang mengenai beberapa jenis makanan yang selalu menjadi persoalan oleh ibu-ibu berpantang. Apapun, ibu mengandung dinasihatkan untuk minum air yang cukup bagi mengembalikan kecergasan badan dan mengawal suhu badan.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Asian Parent

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna