Nama Memang Pelik Tapi Sedap! Wajib ‘Try’ Tart UFO Di Sandakan Sabah

Buat ‘food lovers’ mesti anda ingin cuba rasa makanan yang lain daripada biasa betul tak? Bagi sesiapa yang sekarang ni berada di pekan kecil di Sandakan Sabah jangan ingat tiada makanan sedap tau. Haa walaupun di sana terkenal dengan makanan laut dan mempunyai tarikan alam semula jadi tapi di sana terdapat syurga makanan yang tersembunyi!

Kalau nak meneroka keindahan di Sandakan Sabah anda jangan lupa cuba 4 jenis makanan ni kerana ia adalah pilihan pelancong dari luar. Jadi rugi kalau anda sendiri tidak cuba untuk merasai makanan di sana. Dengar cerita dekat sana siap ada Tart UFO, huh dengar nama memang pelik tapi bila sekali tengok gambar meleleh air liur. Jom lihat perkongsian di bawah!

Image result for tart ufo sandakan"

Sumber: blogtraveloka

Tart UFO San Da Geng Kopitiam

Siapa suka makan roti, anda wajib singgah di San Da Geng Kopitiam dan pastinya tidak akan kecewa. Ini kerana mereka menyediakan Tart UFO yang diperbuat daripada kek span mentega nipis dan dihiasi pula dengan inti kastard telur yang lembut. Ini kalau makan satu, pasti tak cukup hiks!

Image result for soto istimewa sandakan"

Sumber: traveloka

Soto Istimewa

Kalau nak makanan berat dan bagi siapa yang suka hirup sup hidangan soto istimewa yang terletak di Jalan Pryer memang patut anda cuba bersama keluarga. Nampak je gerai soto kecil, tetapi semangkuk soto ini menjadi pilihan penduduk di sana untuk sarapan dan makan tengahari. Supnya yang pekat dan bau rempah ratus memang membuatkan anda semakin berselera menghirupnya.

Image result for teh susu cincau"

Sumber: kuliner

Teh Susu Cincau

Kalau dari bandar, hanya 10 minit sahaja anda perlu memandu untuk dapatkan teh susu cincau yang padu. Ia terletak di Jalan Cecily pada jam 12 tengahari, pastikan anda datang awal kerana kebiasaanya akan habis cepat. Bayangkan, waktu panas tengahari dapat pula minum sirap dan ais parut bersama jeli, fuhh memang melegakan.

Image result for english tea house"

Sumber: malaysiafood

Minum Petang Di English House

Bukan selalu nak menikmati minuman petang ala Inggeris, haa di Sandakan anda boleh mencubanya di English Tea House kerana mereka menghidangkan minuman petang sambil menikmati pemandangan taman yang merimbun. Buat pasangan yang nak berbulan madu tu, memang sesuai untuk meluangkan masa bersama di sini.

Haa tunggu apa lagi, dah rancang untuk jalan-jalan di Sandakan ke belum? Untuk tempat yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini:

Dah Sampai Istanbul? Ini 10 Buah Masjid Paling Indah Yang Wajib Anda Lawati

 

 

 

 

Sumber: traveloka 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna