Nak Turunkan Berat Badan? Jom ‘Lunch’ Sandwich Telur Kari

Nak lunch tapi mesti takut badan naik, macam mana ni? Haa mesti anda pernah mengalami situasi seperti ini. Kadang-kadang sampai buntu nak makan apa untuk tengahari nanti. Tambah lagi bagi siapa yang sedang berdiet pasti keliru untuk memilih makanan yang dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Image result for confuse

Sumber : DailyStar

Sekarang tak perlu risau lagi untuk mendapatkan badan yang ideal, anda hanya perlu bawa makanan tengahari dari rumah kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri. Bagi sesiapa yang mempunyai alergi atau sedang berusaha untuk kurus ini lah caranya. Dengan bawa makanan tengahari dari rumah ia akan memudahkan anda untuk kawal cara pemakanan dan dapat menambahkan nutrien dan vitamin. Donna ada menu mudah untuk dikongsikan, jom ikut langkah di bawah.

Related image

Sumber : relish

 Sandwich Telur Kari 

Bahan-bahan 2 buah telur rebus telur, dicincang

  1. 2 sudu makan yoghurt
  2. 2 sudu makan lada merah dicincang
  3. ¼ sudu teh serbuk kari
  4. 2 keping roti gandum, panggang
  5. ½ cawan bayam segar
  6. Garam dan lada secukupnya

Cara penyediaan

  1. Campurkan telur, yogurt,serbuk kari,paprika dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga rata.
  2. Sapu campuran telur tadi diatas roti dan letakkan bayam di atasnya. Sandwich siap untuk dihidangkan!

Rempah kari digunakan kerana ia mampu untuk menambah antioksidan pada bahan utama. Kalori yang terdapat pada sandwich kari telur sebanyak 410 dan ini cukup untuk memberikan anda tenanga. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber : healthyweb

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna