Nak Tahu Makanan Tu Tiruan Ke Tak, Cuba Buat ‘Trick’ Ni

Sejak teknologi mulai berkembang, kecoh seluruh dunia tentang negara China berjaya mencipta kaedah pemalsuan makanan. Aduh! Nampaknya China bukan saja keluarkan barang tiruan je tapi makanan tiruan pun mereka mampu cipta. Antara makanan tiruan yang menjadi adalah bijirin beras dan biji telur dan makanan yang dipalsukan langsung tidak mempunyai cacat cela.Teksturnya sama seperti yang original.

BACA: Memiliki Tubuh Yang Kurus, Jom Ketahui Rutin Pemakanan Celine Dion

Lebih membimbangkan lagi, kini lebih banyak lagi pemalsuan makanan seperti bihun, daging, salad, sosej dan lain-lain lagi. Malah, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pengguna dinasihatkan dilarang makan makanan tiruan kerana ia mengandungi bahan kimia fiproni yang boleh menyebabkan anda mengalami peluh, loya, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

via GIPHY

Hmm… Jadi, macam mana nak kenalpasti sama ada makanan tu tiruan ataupu tidak, kalau dah tekstur makanan yang original pun dah sama rupa dengan yang tiruan. Jangan risau! Semalam masa tengah skrol media sosial, Donna terjumpa satu video pendek di Instagram. Video tersebut menunjukkan cara untuk kita mengenalpasti sama ada bahan makanan tersebut palsu ataupun tidak.

Lihat video di bawah untuk lebih detail

Mesti anda semua terkejutkan? Nampak je makanan tu sama tapi sebenarnya tiruan. Lepas ni sebelum makan, buat dulu eksperimen seperti yang dikongsikan oleh Instagram Blossom ni. Bukan apa, untuk kesihatan diri kita juga. Kalau jatuh sakit disebabkan makanan tiruan, siapa yang susah? Diri sendiri juga kan?

Sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

 

 

Sumber: Blossom

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna