Nak Tahu Badan Cukup Air Atau Tak? Cek Warna Air Kencing Anda

Sebelum ni kecoh di sosial media tentang minum air masak berlebihan boleh mengakibatkan sawan. Fakta ini dikeluarkan oleh salah seorang doktor pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah menerusi laman akaun twitter miliknya.

Maknanya, kalau minum air masak kurang tak boleh dan kalau terlalu berlebihan pun tak boleh. Kena ambil secara sederhana tapi, biasalah kita ni kadang-kala tak ambil tahu pun berapa liter dah minum air putih. Mana ada masa. Sibuk!

via GIPHY

Janganlah macam tu, badan kita ni nak guna lama. Jadi, untuk badan kekal sihat, kenalah imbangkan jumlah air masak. Dengan cara bagaimana? Baca warna air kencing. Mungkin perkongsian ini sesetengah pembaca Donna dah tahu tapi kami yakin masih ada sesetengah lagi yang tak tahu pengetahuan am ni.

Ditahap manakah kesihatan tubuh badan anda?

Nanti kalau buang air kecil, jangan terus flush atau jirus terus. Apa kata cuba lihat warna air kencing. Kalau warna kuning, ambil inisiatif dengan ubah gaya hidup. Banyakkan minum air masak dan kurangkan minum air manis.

Bagaimanapun, ada sesetengah ubat yang disarankan oleh doktor boleh mengubah warna dan bau air kencing kepada kuning walaupun tubuh anda dalam keadaan hidrasi.

Ingat! Apa yang kita makan sekarang ni ada cerminan kesihatan kita pada masa akan datang.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Main ‘Tembak’  Je, Doktor Ini Kongsi Kaedah Efektif Untuk Merancang Keluarga

Malas Sekalipun, Kita Kena Tahu Turutan Pemakaian Krim Wajah Yang Betul

 

 

 

 

Sumber: dailyrakyat

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna