Nak Rumah Sentiasa Nampak Kemas? Ini Cara Mudah Yang Anda Perlu Buat

Pinggan mangkuk tak tersusun, kain baju di almari nampak bersepah ish memang pening lah. Dah banyak kali kemas, tapi bila tengok balik keadaan rumah mesti rasa tak puas hati lagi kan? Tengok jiran sebelah rumah cantik je nampak kemas, kita ni sampai lenguh badan-badan last-last rumah masih nampak messy! Sebenarnya ada cara mudah untuk anda mengatur rumah, hanya memerlukan beberapa perubahan di setiap sudut sudah cukup untuk kelihatan kemas dan bersih.

Nak tahu apa cara mudah yang perlu anda buat, jom lihat di bawah.

Rak pinggan

Image result for dish rack

Sumber: oddity

Bila dah selesai membasuh pinggan, mesti anda akan letakkannya di atas dapur untuk biar seketika sehingga kering. Jadi untuk mudahkan kerja anda dan mahu kelihatan lebih tersusun, sediakan dish rack untuk menyimpan pinggan mangguk yang telah dibasuh. Jangan risau kerana air tersebut akan mengalir di sinki, so takda lah lepas asyik kena lap je dapur. Mudah kan?

Cart For Art & Craft 

Image result for cart for art supplies

Sumber: tinkerlab

Anak-anak kalau buat kerja tak sah kalau tak bersepah. Kadang-kadang sampai penuh satu rumah dengan pensil warna dan kertas lukisan. Bukan apa sebagai seorang ibu ni, ada satu masa sampai ‘berbuih mulut’ nak suruh mereka mengemas semua peralatan yang mereka gunakan. Tapi dah tak perlu pening, bagi menyenangkan anda dan anak-anak untuk melakukan kerja di rumah apa kata anda letak satu rak perkakas di sudut meja belajar. Bukan hanya nampak lebih kemas tetapi ia juga mudah untuk di ambil.

Personalize bag hook 

Image result for bag hook for kids

Sumber: reddit

“Eh ni bag aku lah, tak ni aku punya” Haa pening kepala dibuatnya bila anak-anak mula bergaduh tertukar bag sekolah sebabnya suka letak merata.  Mesti anda sering alami situasi macam ni kan?Untuk mengelakkan waktu pagi anda menjadi lebih hura hara uruskan anak-anak ke sekolah, anda boleh menggantungkan hook di tepi dinding supaya mereka boleh mencapai beg sekolah dengan mudah.

Simpan Barang Dalam Bekas Transparent 

Related image

Sumber: aliexpress

Untuk anda yang suka masak di dapur tu mesti lagi senang  jika bahan-bahan sudah tersusun dengan rapi. Tapi apa yang sering menjadi masalah anda terpaksa buka dahulu penutup untuk ketahui apa bahan yang ada di dalamnya, kalau nak ‘label’ macam leceh pula! Haa jangan pening-pening simpan je dalam clear container kan mudah.

Jangan stres kan hari anda dengan perkara kecil seperti ini. Nak jadi housewife ni bukan susah, anda perlu lebih kreatif untuk membuat perubahan dengan menjadikan ruang di rumah anda lebih tersusun dan kemas, baru lah selesa nak duduk mata pun sedap je memandang hiks!

 

 

 

 

Sumber: elitereaders

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna