Nak Putih? Tenyeh Sahaja Belimbing Di Muka

Kulit muka putih dan gebu menjadi impian ramai wanita. Sebab itu muncul banyak produk pemutih di pasaran dek kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan wanita sendiri. Tapi tahukan anda, kebanyakkan produk pemutih muka yang muncul bak cendawan hari ini mengandungi pelbagai kandungan yang sangat bahaya untuk kulit dan kesihatan. Tidak perlu membahayakan diri dan membazirkan wang, ada cara mudah boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang putih dan bersih. Anda hanya perlu menggunakan bahan semulajadi seperti belimbing buluh yang banyak digunakan di dalam beberapa jenis pengubatan alternatif. Ini kerana belimbing buluh mengandungi asid amino, asid nitrat, fenolat, ion kalium, gula serta vitamin, mineral dan air. Untuk mendapatkan wajah putih berseri, lakukan sendiri masker belimbing buluh dirumah untuk kegunaan anda. Caranya cukup mudah dan pantas. Tapi hasilnya memang ‘wow’!

 

MASKER BELIMBING BULUH UNTUK PUTIH

 

Sumber Foto: stylecraze.com

Bahan-bahan:

  • 10 buah belimbing buluh
  • Air Suam

Cara-cara:

  • Bersihkan belimbing buluh.
  • Tumbuk atau kisar kasar.
  • Campurkan sedikit air suam jika adunan terlampau keras. Jangan terlampau cair.
  • Bersihkan muka terlebih dahulu dan keringkan.
  • Oles dan ratakan sapuan belimbing yang ditumbuk halus ke muka
  • Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  • Sebelum basuh, gosok muka bersama dengan belimbing diseluruh muka dan bilas dengan air.
  • Amalkan penggunaannya setiap hari.

 

KEBAIKAN LAIN BELIMBING BULUH UNTUK KECANTIKAN

  • Menghilangkan Jerawat

Sumber Foto: idntimes.com

Untuk mengusir jerawat yang timbul, cuba gunakan belimbing buluh pada wajah. Sediakan beberapa biji buah belimbing buluh dan tumbuk halus. Ramas bahan yang ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit jus limau nipis untuk digosok pada muka. Setelah beberapa minit, bersihkan dengan air yang mengalir. Amalkan sehingga jerawat kecut. Jangat terkejut parut jerawat juga tidak kelihatan.

 

  • Masalah Panau

Sumber Foto: slowlife.company

Kalau di wajah anda terdapat panau, gunakan belimbing buluh untuk menghilangkannya. Ambil 10 biji buah belimbing buluh, tumbuk halus dan tambahkan sedikit kapur sirih. Sapu pada kulit yang dijangkiti panau. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan dengan air. Lakukan setiap hari tau!

 

 

Sumber: Petua Whatta

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna