Nak Pakai ‘Fake Eyelashes’ Pun Kena Tahu Caranya, Jangan Main Letak Je!

Haa bagi kaum wanita mesti ada yang selalu tengok Che Ta pakai bulu mata palsu hari-hari memang nampak berseri je muka. Donna faham memiliki bulu mata yang lebat dan lentik menjadi idaman setiap wanita tapi tidak semua dianugerahkan bulu mata seperti itu. Ada yang nipis dan perlu mengambil masa yang lama untuk menebalkan dan menghitamkannya dengan maskara. Cara paling mudah yang ramai wanita sering lakukan adalah dengan memakai ‘fake eyelashes’.

Untuk pengetahuan dengan cara pemilihan bulu mata palsu yang betul ia akan menaikkan lagi pembayang mata, celak dan penampilan anda kekal menyerlah. Opss sebelum tu anda kena baca dulu perkongsian dan panduan mudah bagaimana cara yang tepat untuk memakainya agar lebih kelihatan kemas dan tidak comot.

Image result for women use fake lashes

Sumber: sheknows

Tip Memakai Bulu Mata Palsu

  • Gunakan minyak bayi atau oil cleanser untuk menanggalkan bulu mata palsu.
  • Anda perlu tahu bulu mata palsu boleh dipakai dua hingga tiga kali pemakaian. Letakkan ia ke dalam kotak selepas dibersihkan daripada gam yang melekat.
  • Jangan guna gam yang terlalu banyak.
  • Elakkan guna bulu mata palsu yang telah digunakan oleh orang lain.

Image result for women use fake lashes

Sumber: elite

Step By Step 

  • Letakkan maskara pada dulu mata sebelum memakai ‘fake lashes’
  • Tekan dengan jari pada hujung bulu mata palsu bagi memastikan gam melekat kuat
  • Untuk lebih santai gunakan bulu mata palsu yang lebih ‘natural’
  • Pemakaian bulu mata 3D sangat sesuai digunakan untuk acara makan malam, perkahwinan dan majlis bertema.

Ingat ye kaum Hawa, mata adalah bahagian paling cantik dan sensitif jadi anda perlu menitikberatkan kebersihan dalam penjagaan serta pemakaian barangan solekan dan juga bulu mata palsu.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Jangan Asyik Mengeluh Diri Tak Cantik Kalau Effort Untuk Cantik Tiada

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna