Nak Mata Yang Sihat & Bersinar, Ikut Je Tip Ni

Dulu mata nampak segar je tapi makin berusia ni alahai mata pun nampak suram je, alahai…”

Mulalah, cari hirisan timun dengan uncang teh nak letak dekat mata untuk nampak berseri. Cara ni sepatutnya di amalkan sebelum mata tak sihat lagi. Dah terlambatlah kalau nak buat bila mata dah tak sihat. Simptom ni selalunya terjadi apabila anda mula masuk dalam lingkungan 35 tahun ke atas.

Mata mulalah kelihatan penat, tak berseri, lesu, eyebag kelihatan tebal dan lingkaran hitam bawah mata yang semakin menjadi-jadi, aduuhhh! Stres! Sudahlah mata salah satu daya penarik wajah. Kalau dah lesu, macam mana nak bagi jelingan manja dengan suami kalau mata pun dah tak menggoda? Hmm..

Sumber: vanitee

Mungkin ramai di antara kita mengatakan disebabkan faktor penat menguruskan kerja-kerja rumah dan di tempat kerja. Tapi,  kami ada jalan penyelesaian lain dan yang pasti, tak ada penggunaan timun atau pun uncang teh yang basah. Kali ni, tip lain pula. Antaranya…

Minum air masak

Rasanya semua orang sudah tahu bahawa air dalam badan kita memerlukan 70 peratus dan organ mata adalah salah satu daripada yang banyak memerlukan air untuk kegunaan pelincir, dan memberi nutrien ke dalam mata.

Perasan tak kalau badan kita panas atau kurang minum air, bahagian bebola mata akan menjadi kering dan kuning. Lepas ni hari-hari kenalah beringat nak kena minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Hindar dari solekan

Pastikan solekan pada mata dibersihkan dengan teknik yang betul dan solekan betul-betul hilang sebelum anda masuk tidur. Ini kerana, untuk mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata yang akan buat mata anda tidak sihat dalam tempoh yang lama.

Sumber: medicalnewstoday

Jaga pemakanan

Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau amalkan makan sayuran berdaun hijau seperti bayam lagi bagus kerana sayuran ini mengandungi lutein yang baik untuk mata.

via GIPHY

Vitamin C yang terdapat dalam buah pula mampu membantu pembentukan kolagen untuk menambah keanjalan kulit di sekeliling mata. Ha..Lepas ni pagi-pagi sarapan tomato je sebab kaya dengan vitamin C.

Akhir sekali, anda boleh pergi saja ke website Superdeals dengan klik saja di sini untuk dapatkan rawatan lingkaran hitam bawah mata dengan harga yang sangat murah! 

 

 

 

 

Sumber: portal myhealth

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna