Nak Masuk Salun Pun Malu Sebab Rambut Beruban

Malunya bila berjumpa kawan-kawan sebaya atau keluarga yang lebih muda.”

“Umur saya tak cecah 40-an lagi, tapi kepala saya dah penuh rambut-rambut putih. Mereka selalu tegur rambut saya sampai satu masa saya rasa sangat-sangat ‘down’. Pernah nak pergi potong rambut di salun pun malu disebabkan uban penuh satu kepala. Terus hilang keyakinan diri, walaupun bertudung dan rambut tidak dilihat umum!”

Rambut merupakan mahkota utama kaum wanita samada bertudung atau tidak. Setiap wanita pasti menginginkan rambut yang sihat, indah berkilau serta mudah diurus tanpa sebarang masalah yang boleh menyebabkan rasa rendah diri. Oleh sebab itu, jika muncul uban di atas kepala pasti merunsingkan lebih-lebih lagi ia akan membuatkan anda nampak tua dari usia sebenar.

Uban Pada Usia Muda

Sumber Foto: gentlefever.com

Namun begitu, uban bukan lagi dikaitkan dengan proses penuaan walaupun sebelum ini hanya mereka yang berusia saja mempunyainya. Dikatakan punca rambut beruban yang paling utama adalah faktor genetik, iaitu ia diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor keturunan juga adalah penyebab yang paling biasa munculnya uban pada usia muda. Informasi mengenai rambut putih yang tumbuh lebih awal tersimpan di dalam gen. Ini bererti bila ibu atau bapa mula beruban pada usia muda, kemungkinan untuk cepat beruban akan lebih besar. Uban pada usia muda juga boleh terjadi disebabkan oleh kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi anda disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.

Sumber Foto: wom.my

Punca lain rambut cepat beruban disebabkan:

  • Perokok – Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ia mampu menurunkan kadar melanin.
  • Pengering Rambut – Penggunaan pengering rambut dengan kerap boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.
  • Pewarna Rambut – Bahan-bahan yang terdapat dalam pewarna rambut tidak hanya melekat pada batang rambut sahaja tetapi juga meresap ke dalam liang-liang kulit kepala dan menjejaskan kesihatan rambut.
  • Stres – Anda juga perlu sentiasa ceria dan jauhi stres kerana ia menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu. Situasi ini menyebabkan hidup anda menjadi tidak teratur dan boleh membantutkan sistem normal badan anda.

Pemakanan Yang Salah

Sumber Foto: science.howstuffworks.com

Selain itu, rambut beruban juga boleh disebabkan oleh kurangnya zat besi dan zink atau penggunaan ubat-ubatan. Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka yang kekurangan nutrisi. Jika mendapat nutrisi yang seimbang, secara automatik, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut putih akan hilang dengan sendirinya dan kembali menjadi hitam. Diet tidak seimbang meng­akibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kekurangan nutrisi maka sistem dalam badan tidak berfungsi dengan baik. Malahan pengambilan diet yang tidak seimbang seperti makanan ringan, penggunaan bahan kimia dan lain-lain juga akan mengakibatkan kerosakan sel-sel dalam badan. Bagi melambatkan proses rambut beruban seeloknya amalkan gaya hidup sihat dengan makanan seimbang seperti buah beri, strawberi, kekacang, sayuran hijau, ikan salmon dan coklat.

 

 

 

Sumber: shampoosantanmalaysia.com msn.com lifestyle,kompas

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna