Nak Kulit Wajah Bebas ‘Whitehead’ Dan ‘Blackhead’ Ini Fakta Yang Anda Perlu Baca

Tengok dari jauh cantik, tapi bila dekat-dekat ish menggerutu muka, haa kan dah malu! Perkara macam ni kebiasaanya dialami oleh kaum wanita. Walaupun makeup boleh menutup segala cela, namun masalah whitehead dan blackhead tetap menjadi punca utama mengapa kulit wajah anda tidak licin dan cantik.

Jangan risau, untuk mengatasinya anda perlu tahu terlebih dahulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bintik putih dan hitam serta tahu apa faktor sebenar tentang bagaimana ia boleh terjadi pada kulit wajah anda.

Perbezaan Whitehead dan Blackhead 

Kalau anda perasaan ia sering terjadi dibahagian hidung dan dagu. Whitehead adalah biji kecil di muka yang berwarna putih, bila anda picit sahaja ia akan mengeluarkan sesuatu seperti krim. Manakala blackhead pula teksturnya lebih keras dan berwarna hitam, ia lebih jelas jika terdapat di hidung berbanding whitehead.

Image result for whitehead and blackhead difference

Sumber: bioclarity

Punca Mengapa Ia Boleh Terjadi

Penting untuk anda tahu jenis kulit muka sekiranya anda ingin memakai sebarang produk. Tidak kira sama ada kulit muka kering atau berminyak, anda perlu memilih kandungan bahan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah tersebut dan mengelakkan keradangan berlaku. Secara dasarnya, whitehead dan blackhead terjadi disebabkan penghasilan minyak yang lebihan.

Ini kerana minyak yang terhasil akan terkumpul di liang pori ( folikel ) dan akhirnya mengelembung. Hormon yang tidak stabil menyebabkan Sebaceous Gland menjadi terlalu aktif. DHT dikenali sebagai sejenis hormon yang menjadikan sebum terlalu aktif dan menyebabkan liang pori- pori (folikal) tersumbat.

Image result for whitehead and blackhead difference

Sumber: theprettysimple

Cara Mudah Untuk Hilangkannya

Skrub gula

Haa, tak perlu pakai produk mahal pun, dengan menggunakan bahan semula jadi seperti gula anda boleh jadikan ia sebagai skrub kerana ia bertindak untuk membuang minyak lebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Soda Bikarbonat

Jangan ingat soda bikarbonat adalah bahan untuk masakan je, tapi ia juga boleh dijadikan sebagai produk untuk membuang segala kotoran dan debu di permukaan kulit wajah anda. Cara mudah sahaja, campurkan soda dan air sedikit agar ia kelihatan seperti pes. Sapu pada wajah dan biarkan ia menyerap untuk seketika.

Timun

Ramai yang dah tahu kebaikan dan nutrisi timun untuk tubuh badan, anda juga boleh menggunakan ia untuk mengecutkan liang pori serta mengembalikan seri wajah.

Jangan lupa pastikan muka anda tidak terdedah daripada cahaya matahari. Tanamkan sifat kebersihan diri dan jaga kulit wajah anda dengan sebaik mungkin agar anda dapat lihat hasilnya yang menakjubkan.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Mira Filzah Datang Dengan Zizan Ke Netizen Terhibur Dengan Soalan Kak Lina, Kan Dah Kena Balik!

 

 

 

 

Sumber : mamikembar

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna