Nak Kulit Badan Nampak ‘Glowy’? Jom Buat Spa Di Rumah

Kusamnya kulit! Nak pergi Spa tak ada masa. Macam mana ni?”

Untuk memiliki kulit badan yang cantik bukan mudah. Perlukan banyak pelaburan seperti membuat rawatan dan manjakan tubuh di spa dan pelbagai pusat kecantikkan lain. Selain pelaburan dari segi wang, masa juga kadang-kadang tu tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Lagi-lagi yang sudah memiliki keluarga, sibuk setiap hari nak uruskan rumah, suami dan anak-anak sampai diri sendiri pun tak terurus. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu, untuk menjaga penampilan beberapa faktor lain juga penting selain wajah.

Sumber: instagram rafidah

Tubuh badan juga perlu dijaga, terutama sekali bagi wanita yang sudah berumahtangga. Iyalah, nak manja-manja dengan suami, kenalah bagi yang terbaik supaya suami puas! Lagipun, nanti nak mandi-manda dekat pantai, pergi majlis atau bergambar dengan kawan-kawan, tak adalah rasa kurang keyakinan sebab kulit anda kusam.

Untuk menyelesaikan masalah kulit kusam anda, hanya gunakan gula perang dan kulit pisang saja. Ini kerana ;

  1. Gula perang bertindak sebagai scrub untuk menyental kulit mati, memberi kesan kulit menjadi glow dan cantik.
  2. Kulit pisang untuk memberi nutrin dan vitamin pada kulit.

Sumber: artsiestribuntravel

Bahan-bahan

  1. Gula Perang
  2. Kulit Pisang

Cara membuat

  1. Gosok gula perang pada bahagian badan yang anda ingin kelihatan glow.
  2. Sental dengan kulit pisang pada bahagian yang sudah di gosok dengan gula perang.
  3. Bilas bahagian tubuh yang sudah disental dengan kulit pisang tadi.
  4. Lihat hasilnya!

Nota;

Anda perlu lakukan selama 2 minggu berturut-turut untuk lihat hasilnya. Bila sudah 2 minggu dapat lihat hasilnya, pastikan anda baca artikel tip kecantikan kulit dari Donna yang seterusnya ya! Selamat mencuba!

 

 

Sumber: madina minna shrienzada

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna