Nak Kopi Lebih Nikmat Dan Kaw? Ini Cara Kreatif Yang Patut Anda Cuba

Bangun pagi, mesti cari kopi betul tak?”

Kopi oh kopi, bila terjaga saja awal pagi mesti minuman ini juga yang dicarinya. Kopi ni bukan orang dah berusia je suka minum, zaman sekarang generasi muda pun suka menikmatinya tambah lagi aroma biji kopi yang memberi aura positif setiap kali anda bangun daripada tidur.

Rata-rata ramai yang menganggap bahawa kopi adalah minuman barat yang diglobalisasikan menerusi ke kafe-kafe, tapi ia tidaklah benar. Sepertimana yang kita tahu, minuman ini memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bagi anda yang mahukan kopi lebih kaw dan nikmat jom ikut cara kreatif ini.

Image result for ice coffe

Sumber: bon appetit

Dalam Minuman

Tak kira musim hujan atau panas, anda pasti inginkan minuman berais yang bukan sahaja dapat menyejukkan tekak malah mampu membuatkan diri anda tenang dan positif. Kebanyakan pencinta kopi pasti ingin menikmati kopi kaw sejuk, tapi kadangkala ais sudah mencair dan membuatkan kopi anda terasa kurang kaw.

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar serbuk kopi / 1 paket kopi segera
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan susu pekat

Cara Penyediaan

  1. Campur serbuk kopi, susu pekat dan air untuk membancuh air kopi.
  2. Cuci bekas ais.
  3. Penuhkan bekas ais dengan bancuhan air kopi.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Penambah Rasa

Tidak hairan lagi jika kopi digunakan dalam bahan masakan dan berfungsi sebagai penambah rasa yang cukup ideal seperti penyediaan pencuci mulut kerana aromanya dapat menaikkan selera untuk sesiapa sahaja yang menjamahnya.

Lepas ni tak perlu cukup rasa atau tak sebab dengan kopi, dessert and pasti terasa nikmat dan kaw!

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Wajib Try Street Food Di Kuala Lumpur Sedap  Murah!

Nama Memang Pelik Tapi Sedap! Wajib ‘Try’ Tart UFO Di Sandakan Sabah

 

 

 

 

 

Sumber: butterkicap 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna