Nak Isteri Puas? Suami Kena Pandai Bezakan Klitoris Dan G-Spot

Jika bercakap sahaja tentang rasa kepuasan bersama pasangan mungkin bagi lelaki ia perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi tidak semudah bagi wanita. Mungkin terdapat beberapa wanita yang mencapai orgasme dengan penetrasi vaginal atau rangsangan stimulasi daripada G-spot.

Sebelum tu, mungkin ramai di luar sana yang masih tidak tahu tentang perbezaan klitoris dan G-spot pada wanita. Jadi jom baca perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut, baru lah lepas ni isteri makin puas di atas katil hiks!

Apa Itu Klitoris?

Untuk pengetahuan anda, klitoris ini seakan-akan sama seperti kepala zakar lelaki dan ia adalah organ dalam tubuh manusia yang berfungsi semata-mata untuk rasa ghairah. Walaupun terdapat bahagian rangsangan yang lain seperti puting payudara dan zakar tetapi ia juga bertindak sebagai sistem reproduksi dan memberi kenikmatan kepada bagi wanita.

Sumber: mayoclinic

Di mana Letaknya Klitoris

Klitoris bukan hanya sekadar benjolan kecil berwarna merah muda tetapi ia boleh dilihat di bahagian hujung dari struktur bercabang yang membentuk huruf Y terbalik.

anatomi klitoris

Sumber: mic

Cara Rangsang Klitoris Untuk Capai Orgasme

  • Kawasan ini sangat sensitif jadi anda perlu gunakan tekanan ringan dan perlahan.
  • Rangsang di sekitar kawasan klitoris kerana proses ini akan membuatkan wanita berasa lebih nikmat.
  • Tetapkan kecepatan atau tekanan tangan secara teratur kerana ia mampu membuatkan proses orgasme berhasil dengan mudah.

Perkiraan letak G-spot (sumber: Science Alert)

Apa Itu G-Spot?

Difahamkan kawasan G-spot berada di dalam vagina, di sebalik dinding depan vagina melalui bukaan leher rahim. Untuk para suami di luar, G-spot kebanyakan wanita berada di antara ‘pukul 12’ sekitar 2-5cm dari pintu masuk vagina.

Cara Rangsang G-Spot

Kebiasaanya jari wanita lebih kecil berbanding suami, jadi anda boleh minta pasangan membantu anda untuk mencapai orgasme dengan cara berbaring kemudian pastikan jari pasangan dimasukkan secara perlahan. Opps sebelum tu pastikan isteri anda benar-benar ghairah sebelum melakukan ini.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Cepat Sangat Klimaks, Jaga-Jaga Mungkin Suami Anda Suka Onani

 

 

 

 

 

Sumber: hellosehat

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna