Nak Gembirakan Keluarga? Hadiahkan Mereka Sesuatu Yang ‘Simple’ & Berharga

Hadiah merupakan pemberian niat yang ikhlas serta menzahirkan rasa kasih sayang kepada penerima. Tidak kira hadiah untuk sahabat, suami atau keluarga anda sendiri.

Namun, untuk memberi hadiah kepada seseorang bukan perkara mudah. Yela, takut si penerima tak suka pula. Untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi, apa kata baca senarai hadiah yang menarik di bawah ini untuk ahli keluarga anda!

Gambar album keluarga

Sumber: blogspot

Letakkan kesemua gambar keluarga anda tidak kira swafoto atau formal. Seeloknya, banyakkan letak gambar mereka yang lama-lama atau gambar mereka yang keadaan tidak bersedia ketika bergambar.

Bayangkan ketika menyelak album bersama-sama dengan mereka, pasti wujud gelak tawa antara keluarga anda. Indah bukan?

Hari keluarga

Sumber: internet

365 hari sepanjang 2018 amat memenatkan sehinggakan mungkin ada ahli keluarga anda yang lain sibuk degan kerja sampai tak ada masa untuk meluangkan masa bersama. Jadi, bawa seisi keluarga anda ke tempat yang nyaman seperti pantai, tempat yang sejuk untuk menenangkan fikiran mereka. 

Rantai

Sumber: pexels

Kalau nak belikan baju, mesti ibu anda dah jemu dengan pemberian ini. Iyalah, setiap bulan anda bawak ibu anda membeli-belah baju.

Untuk kelainan hadiah untuk hujung tahun ini, apa kata anda belikan rantai untuk ibu anda. Pastikan rantai yang anda belikan itu yang mempunyai berlian, janganlah emas celup pula!

Bluetooth speaker

Sekarang ini zaman teknologi sangat berkembang luas! Tidak hairanlah kalau mak ayah kita pun memiliki gadget tetapi jika anda perhatikan, mereka jarang menggunakan earphone.

Apa kata anda belikan ayah anda bluetooth speaker untuk mereka mendengar lagu kegemaran mereka atau zikir ketika masa lapang.

Beg

Sumber: pexels

Selain daripada memberi aksesori atau baju, apa kata anda berikan adik perempuan atau kakak anda beg tangan untuk mereka berfesyen. Pastikan belikan mereka beg yang trendy atau elegan!

Kasut

Sumber: pexels

Nak belikan hadiah untuk lelaki, mudah saja kerana kebanyakkan lelaki tidak cerewet. Mereka terima apa saja. Belikan adik lelaki atau abang anda sepasang kasut, mesti mereka suka! Lebih-lebih lagi kasut yang berjenama atau yang berkulit.

Ha, ada banyak lagi yang boleh dijadikan sebagai hadiah. Tidak perlu mahal-mahal, apa yang penting adalah tanda ingatan anda untuk mereka sudah mencukupi.

 

 

 

 

 

 

Sumber: lauren adhav

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna