Nak Dinner Ala Korea? Malam Ni Jom Masak Ayam Goreng Pedas Korea!

Kalau tengok drama korea, pasti anda pernah melihat satu babak di mana mereka memaparkan hidangan mereka seperti kimchi, ayam pedas, ramen, atau beras pulut yang dimakan begitu saja!

Dalam hati, mula berkata sendirian, sedap ke rasa makanan mereka? Hah! Selepas anda baca artikel ini, persoalaan itu tidak lagi bermain dalam fikiran anda kerana kami akan kongsikan resipi ayam goreng pedas ala korea bersama anda.

Sumber: icookasia

Bahan-bahan

  1. Kepak ayam
  2. Tepung ubi minyak masak untuk sos
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 3 sudu cili giling
  5. 2 sudu sos tomato
  6. 1 sudu kicap
  7. 2 1/2 sudu madu
  8. 1 sudu cuka

Cara membuat

  1. Salutkan ayam yang sudah dibersihkan dengan tepung ubi dan goreng dalam lingkungan 12-15 minit.
  2. Kemudian, toskan minyak ayam tersebut.
  3. Masukkan bawang putih, cili giling, sos tomato, kicap, madu dan cuka ke dalam minyak yang sudah di panaskan di dalam kuali.
  4. Masak sehingga naik bau. Lebih kurang 10 minit.
  5. Masukkan ayam yang di goreng dan kacau sehingga rata.
  6. Keluarkan ayam tersebut.
  7. Taburkan bijan di atas hidangan tersebut.
  8. Hidangkan!

Jadi, masa sedang memasak tu bolehlah anda dengarkan lagu yang sesuai dengan mood masak ketika berada di dapur.

Sumber: icookasia

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna