Nak Cegah Penyakit Diabetes Pada Peringkat Awal, Ibu Bapa Perlu Jadi ‘Kejam’?

Coklat atau gula-gula memang menjadi kegemaran buat kanak-kanak kerana ia adalah satu snek ringan yang mempunyai rasa yang manis. Sebagai ibu bapa anda perlu lebih ‘kejam’ dengan tidak membiasakan mereka makan makanan atau minuman yang manis demi kesihatan tubuh badan untuk masa hadapan.

Kejam tidak bermakna untuk menyiksa mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda mempunyai tanggungjawab untuk memantau pengambilan makanan anak-anak agar kesihatan lebih terjamin daripada sebarang penyakit.

Image result for eat healthy food for children"

Sumber: consumer 

Diabetes Menyumbang Kepada Penyakit Tiga Serangkai

Untuk pengetahuan anda, diet gula tinggi bukan sahaja menyebabkan penyakit kencing manis tetapi ia juga akan menyumbang kepada penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan buah pinggang. Dr Siti Mariah Mahmud iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan menyatakan bahawa ibu bapa perlu mementingkan kesihatan keluarga dari sudut pemakanan yang diambil.

Sejak usia kanak-kanak lagi, anda perlu latih mereka menikmati sajian sihat dan seimbang dengan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bagi mengelakkan penyakit berbahaya terjadi. Kebanyakan generasi X masa kini banyak mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat walaupun ia dapat mengenyangkan perut.

Image result for minum air kosong"

Sumber: baituljannah 

Biasakan Lidah Dengan Air Kosong

Biasakan lidah mereka dengan minum air kosong berbanding minuman manis seperti air berkabonat yang mengandungi kandungan glukos dalam darah. Mungkin ramai yang menganggap bahawa perkara ini tidak penting dan nampak enteng tetapi hendak mengubah tabiat pemakanan yang baik perlu dididik sejak kecil lagi.

Dr Siti juga berkata pencegahan diabetes dalam kanak-kanak muda penting bagi memastikan generasi akan datang lebih sihat. Bukan itu sahaja, masyarakat diluar sana digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengesan sebarang penyakit dengan lebih awal.

 

Untuk artikel lebih bermanfaat, anda boleh klik link di sini :

Seminit Pun Dah Cukup, Pelukan Suami Buat Isteri Lebih Sihat

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: bharian

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna