Nak Buang Toksin, Kena Tahu Juga Jenis-Jenis Bekam

Bekam merupakan proses perubatan membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan lagi dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan kaedah rawatan bekam boleh membantu mengubati banyak penyakit.

Selain itu, ada juga beberapa manfaat lain, bukan dapat buang toksin je. Antaranya…

  1. Mengeluarkan bahan toksin dan cecair berlebihan.
  2. Melonggarkan tisu-tisu yang telah melekat.
  3. Mengangkat tisu perantara connective tissue.
  4. Mempertingkatkan pengaliran darah dalam otot dan fascia.
  5. Merangsang sistem saraf periferi.

Sumber: hellosehat

Kami tahu pasti ramai yang pernah buat rawatan bekam untuk keluarkan toksin dalam badan cuma kerap dengan tidak je tapi, tak ramai yang tahu jenis bekam yang ada. Ha, jangan nanti nak dapatkan servis bekam tapi tak tahu jenis bekam apa yang diberikan. Jom baca penerangan jenis bekam dibawah…

Bekam kering – Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya dan akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

Bekam basah – Bekam basah biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih. Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

Bekam api – Kadang disebut sebagai Fire Cupping. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direka bentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

Menarik bukan? Jom la buat bekam dengan dapatkan harga promosi di Superdeals! Klik je di sini.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ingin Bangkitkan Seri Di Wajah? Ini Rahsianya!

Buruknya Tumit Aku Ni! Kenapalah Boleh Merekah?

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna