Nak Buang Habuk Pada Kipas, Cermin Dan Tingkap? Guna Je Taktik Ni Kan Mudah

Bab paling memenatkan bila jadi suri rumah adalah mengemas betul tak? Biasalah kadang-kadang dah sental sekuat hati tengok-tengok masih ada lagi habuk pada kipas. Ish rimas betul! Mungkin bagi anda vacuum sudah memadai untuk menghilangkan habuk, tetapi jawapannya tidak sama sekali.

Pernah dengar tak orang cakap biasakan yang betul, betulkan yang biasa? Haa ini bermakna nak kemas rumah pun ada caranya, kalau silap langkah benda yang mudah pun jadi susah. So tak perlu lagi pening-pening fikir sebab Donna akan kongsikan pada anda taktik mudah untuk bersihkan habuk pada kipas, cermin dan tingkap. Its so easy!

Image result for use microfiber

Sumber: green

Gunakan Kain Microfiber 

Nak bersihkan habuk pada mentol lampu mesti susah kan? Haa sebelum tu, pastikan anda tanggal terlebih dahulu bagi tujuan keselamatan. Gunakan kain kain microfiber yang bersih dan kering bagi memudahkan habuk melekat pada kain dengan baik.

Sarung Bantal Untuk Bersihkan Kipas

Kebiasaanya anda akan menggunakan penyapu atau kain basah untuk membuang habuk pada kipas, tapi cara itu tidak tepat sebenarnya. Buang sana, datang sini. Sapu sana, terbang sini dan akhirnya habuk bertaburan di lantai dan perabut kan dah susah. The best way you can do is gunakan sarung bantal untuk membuang habuk pada kipas agar ianya tidak bersepah dan terkumpul di dalam sarung.

Image result for kilatkan daun guna mayonis

Sumber: impiana

Kilatkan Daun Menggunakan Mayonis

Haa, ramai lagi yang tak tahu taktik guna mayonis untuk kilatkan daun. Selesai sahaja anda memberus atau lap habuk di permukaan daun sapukan sedikit mayonis agar kelihatan seperti lapisan lilin fig plant atau pokok ficus.

Gunakan Softner Untuk Perabot Plastik

Kadangkala perabot plastik seperti table top, kerusi, dan meja makan pasti akan mempunyai satu lapisan untuk kelihatan berkilat, tetapi jika ia sudah lama digunakan kemungkinan lapisan tersebut akan kembung, koyak dan kusam. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh gunakan pelembut pakaian untuk sapukan dan lap bersih pada permukaan plastik agar ia kembali berkilat.

Haa mudah je kan, lepas ni tiada lagi masalah untuk bersihkan habuk.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Perisa Rendang Nasi Lemak, Eh Selamat Ke Pakai Kondom Pelbagai Perisa?

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna