Nak ‘Bertekak’ Dengan Pasangan Jangan Sesekali Depan Anak

Sekiranya berlaku perselisihan faham antara anda dan pasangan, anda perlulah bijak mengawal keadaan.”

Pasangan mana tidak pernah diuji dan bergaduh namun pastikan perselisihan faham anda itu tidak dapat dikesan oleh anak-anak kerana boleh menjejaskan emosi mereka.  Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bertengkar, pasti akan wujud emosi negatif di dalam fikiran mereka. Cuba hipokrit sedikit dan tonjolkan suasana harmoni dalam rumah tangga di hadapan anak-anak walaupun sebenarnya antara anda dan pasangan sedang bertarung dengan emosi amarah.

Sumber Foto: huffpost

Anak Berdendam

Anak-anak pasti dapat meneka dan tertanya-tanya di dalam hati apabila melihat anda dan pasangan asyik bermasam muka sesama sendiri. Sememangnya sukar untuk setiap pasangan menyembunyikan perasaan kala sedang berselisih faham. Lebih-lebih lagi jika perselisihan faham disebabkan oleh isu besar seperti isu curang, atau kewangan. Anak-anak selalunya sedih apabila mendapat tahu bahawa ibu bapa mereka sedang bertengkar. Mereka akan cuba memerhati dan memilih siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Kesannya mereka akan berdendam dengan ibu atau bapa yang dirasakan bersalah.

Anak Agresif

Konflik di antara ibu dan bapa membuat anak-anak bertindak secara negatif. Sesetengahnya trauma dengan tingkah laku ibu bapa mereka lalu menjadi murung, resah dan rendah harga diri. Yang lain pula mengamuk, bergaduh dengan kanak-kanak lain, ingkar, bersikap kurang ajar dan melakukan perbuatan yang menyalahi tatasusila.

Anak Trauma

Anak-anak terkejut dan takut secara mendalam bila mendengar dan melihat keganasan yang ibu bapa lakukan ketika bergaduh. Oleh itu, jika ada perselisihan, luahkan dan selesaikannya secara peribadi, jauh daripada anak-anak, atau jika perlu, minta bantuan seorang kaunselor perkahwinan.

Sumber Foto: couplestherapyinc.com

Kesimpulannya, usahlah bertengkar di hadapan anak-anak anda. Elakkan mereka berprasangka buruk terhadap anda dan pasangan. Biar anak-anak anda hanya melihat kemanisan dan kemesraan ibu bapa mereka dan menjadikan anda sebagai contoh kepada keharmonian keluarga.

 

 

 

 

 

Sumber: bubblynotes.com

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna