Nak Beli Tapi Takut Rugi, Macam Mana Nak Pilih Avokado Dengan Betul?

Tanyalah sesiapa pun, pasti ramai yang menyukai sajian berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah kerana percaya pilihan sajian sedemikian mampu memberi pelbagai khasiat kesihatan pada tubuh.

Sampaikan ada yang menjadikan rutin pemakanan mereka sehari akan makan 5 warna sayur dan buah yang berbeza. Itu bagi golongan yang memang menjaga kesihatan badan.

via GIPHY

Apa yang kami nak bincangkan dalam artikel kali ini adalah buah Avokado atau Alpukat atau nama saintifiknya persea americana menjadi pilihan diet premium bagi kebanyakan individu berikutan buah ini sering dijadikan smoothie, selain diolah dalam pasta, jem roti dan perasa minuman.

Lihatlah pelakon Hanis Zalikha turut memberi anak keduanya, Alisa Aisyah sarapan pagi buah Avokado yang ranum. Mesti sedap! Tapi macam mana nak tahu buah Avokado sudah dimasak atau belum? Maklumlah, buah ni agak mahal di pasaran. Jadi, jom kita lihat penerangan ringkas dari Hanis sendiri.

Menurutnya, untuk mengenalpasti sama ada buah avokado sudah ranum atau tidak, lihat pada warna kulit luar. Jika coklat, maknanya isi dalam lembut. Manakala jika avokado berkulit hijau maknanya buah tersebut belum ranum.

“Kalau avokado belum masak, jangan letak dalam peti ais, nanti proses nak ranum lagi lambat tapi biarkan dalam suhu bilik selama 2 sehingga 3 hari sehingga kulitnya bertukar coklat dan bila picit teksturnya lembut. Waktu tu, avokado sudah sedia untuk dimakan!”

Untuk kenal pasti lebih detail, lihat penjelasan daripada gambar berikut.

Sumber: faradibi

Untuk penerangan lebih jelas menurut sebuah portal, Avokado yang masak warnanya kehitaman dan kulitnya agak menggerutu. Bukan hijau muda.

Kemudian, sentuh tekstur avocado itu. Jika lembut, bermakna ia sudah ranum tapi kalau lebih, avokado dah terlalu masak. Seterusnya, lihat pula pada tangkainya. Jika dalamnya hitam, jangan beli. Seeloknya beli yang dalam tangkainya kuning kehijauan.

Senang je kan? Ha, dah tahu macam mana nak pilih buah avokado ni, bolehlah nanti beli dan makan bersama keluarga. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Buang Sisa Buah-Buahan, Banyak Manfaat Tau!

Hujung Minggu Ni Jom Sarapan Sandwich Avocado

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: BH , thelalisaaisyah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna