Nak Beli Pakaian Untuk Lelaki Tapi Tak Tahu Dekat Mana? Panduan Ini Membantu Anda

Wanita dan lelaki mempunyai perbezaan dalam tabiat dan perlakuan sama ada dari segi makan, berjalan, berhibur sehinggalah ke aktiviti membeli-belah. Malah, cara pemikiran mereka juga berbeza dengan wanita.

Bagi pandangan Donna, lelaki ini golongan yang simple dan dalam dunia fesyen pun, pilihan pakaian mereka sangat terhad cuma, namun setiap individu berbeza.

Sumber: fashionista

Oleh itu, tidak hairanlah barang-barang lelaki kelihatan sangat sikit berbanding wanita tetapi, pernahkah anda terfikir di mana lelaki membeli pakaian mereka sedangkan kedai-kedai pakaian lelaki sangat sukar untuk didapati dan adakalanya barang mereka lebih mahal daripada perempuan.

Bundle

Mungkin disebabkan lelaki ini berfikiran simple, maka segala aspek dalam kehidupan mereka, mereka tidak suka benda yang merumitkan mereka. Contohnya, ketika membeli pakaian mereka tidak suka mempunyai banyak pilihan.

Jadi, mereka lebih gemarkan membeli pakaian di bundle. Antara tempat yang menjadi kegilaan para lelaki adalah di Vintage Night market di Jalan Raj Bot, Bondoru Store di Keramat dan JBR di Damansara.

Untuk mengetahui di mana lelaki selalu membeli pakaian mereka, dengarkan lebih lanjut di sini bersama Ayie Stailista dan Min Luna dalam Ais kacang!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna