Najis Berdarah Petanda Jelas Perlu Jalani Rawatan, Elak Kanser Kolon

Cuba anda bayangkan satu hari anda nampak dekat mangkuk tandas tu penuh dengan darah, mesti takut kan? Lepas tu mula anda akan mula buat andaian sendiri. Setiap kali buang air besar yang bercampur darah masing-masing akan bercakap tentang kesan pengambilan makanan pedas atau disebabkan perut dalam keadaan yang tidak baik.

Walaupun ianya agak menggelikan, tapi anda perlu menitikberatkan perubahan najis itu sendiri untuk mengenalpasti petanda jelas bahawa anda memerlukan untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi mencari punca yang sering dikaitkan dengan kanser kolon atau lebih dikenali sebagai cancer colorectal.

Image result for cancer colorectal

Sumber: medicalnews

Berusia 50 Tahun Ke Atas Disaran Jalani Pemeriksaan

Menurut Dr Nik Muhd Aslan seorang pakar onkologi individu yang mengalami masalah di atas akan mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian perut, kembung dan cirit-cirit berterusan. Bukan itu sahaja, tetapi ia akan diikuti dengan mengalami kurang selera makan dan anemia yang mungkin berisiko untuk menghidap kanser tahap tiga. Tetapi jangan risau simptom berkenaan tidak semestinya kanser, ia mungkin boleh berpunca daripada masalah usus lain yang tidak berkaitan kanser.

Bagi individu yang sudah berusia 50 tahun atau mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser amat disarankan untuk membuat pemeriksaan segera. Ini ada juga yang enggan membuat ujian kerana mereka menggangap pendarahan yang berlaku disebabkan buasir sehingga usus besar dalam keadaan parah.

Image result for sakit perut

Sumber: klikdoktor

Alert! Kanser tidak mengenal jantina, kerana ia membabitkan individu yang mengamalkan diet tinggi lemak, berat badan berlebihan dan perokok tegar. Individu yang berusia seawal 30 tahun juga akan berkemungkinan untuk mendapat sporadi kanser walaupun tiada dalam sejarah keluarga. Jadi  anda dan keluarga perlu lebih berhati-hati dan amalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Prosedur Rawatan

  • Pembedahan
  • Mengeluarkan kanser pada tahap awal
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Jalani saringan sebelum pembedahan

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tanpa Suntikan Dan Pembedahan, Guna Cara Paling Selamat Hilangkan Kedutan

 

 

 

Sumber: beritaharian 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna