Naikkan Seri Katil Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Jom Ikut Cara Ini

Kalau dapat baring atas katil ni, mesti sedap!”

Pernah tak rasa macam ni bila terlalu penat selepas melakukan kerja seharian? Mana taknya, yang suri rumah penat menguruskan anak-anak, masak, melayan suami, kemas rumah. Wanita yang bekerjaya pula lepas je pulang dari kerja, kena buat kerja-kerja rumah. Berganda-ganda penat tu.

Katillah tempat melepaskan segala penat lelah tapi, kalau katil pun tak segar. Macam mana nak dapatkan rehat yang berkualiti? Ha.. Nampak je isu ni remeh tapi sebenarnya memberi kesan yang besar. Bayangkan kalau tilam lendut, cadar busuk, bantal lembik, aduh! Lena ke tidur tu?

via GIPHY

Nak dapatkan katil ala-ala hotel bertaraf 5 bintang tu tak semestinya perlukan tilam yang harga ribuan ringgit tapi cukup sekadar buat cara ni je. Katil mesti empuk!

Tutup tilam dengan pelindung tilam

Kebanyakan orang kita mesti terus sarung cadar dengan tilam kan? Apa kata lepas ni, sarung tilam dengan pelindung tilam (matress protector) terlebih dahulu kerana dapat memberi badan lebih selesa bila baring di atasnya. Selain itu, dapat memanjangkan jangka hayat tilam serta menghalang serangga seperti pepijat hinggap di tepi katil.

via GIPHY

Selimut comforter

Dah sarung dengan pelindung katil, lapisan seterusnya letakkan selimut comforter untuk dapatkan suhu katil yang sesuai dengan suhu bilik. Lagipun, makin tebal, makin selesa la katil kita nanti. Tak percaya? Lepas ni terus cuba!

Cadar

Kemudian barulah sarung cadar dengan kesemua lapisan tadi. Pilihan warna cadar pun sangat bermain peranan dalam memberi mood tidur. Bayangkan kalau cadar warna hitam, daripada rasa mengantuk terus rasa  tak jadi nak tidur. Ha.. Jadi gunakan warna yang lembut seperti biru langit, hijau muda atau coklat kayu.

via GIPHY

Bantal

Pilih bantal yang betul-betul guna di bahagian kepala. Susun kalau boleh lebih dari dua dan yang paling penting, bantal pelok yang panjang pastikan ada. Bayangkan, bila penat, dapat peluk bantal peluk yang gebu, aduh! Sedapnya. Lainlah kalau ada suami sendiri. Peluk suami je dah cukup, ihiks!

via GIPHY

Mudah je kan? Walaupun perlu banyak lapisan tapi untuk dapatkan tidur yang selesa dan berkualiti. Gunakan perkongsian Donna katil ala-ala 5 bintang ni. Selamat mencuba!

Untuk baca artikel yang leih menarik, anda boleh klik saja artikel di sini: Aktiviti Atas Katil Yang Best Sempena Anniversary Bersama Pasangan , Cabar Suami Dengan Posisi Sukar Atas Katil Ini

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna