Nabila Huda Tampil Bersuara Selepas Dikecam Teruk Bergambar Dengan Anjing Husky

Bapa borek anak rintik, itulah peribahasa yang sesuai diberikan pada artis tanah air Amy Search dan Nabila Huda. Dua-beranak ni sangat berbakat dalam industri hiburan. Bapanya seorang penyanyi rock lejen dan anaknya seorang pelakon hebat, bagilah watak apa pun mesti berjaya dia bawa.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar swafoto Nabila Huda bersama seekor anjing Husky di media sosial sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen. Gambar tersebut di ambil ketika bercuti di New Zealand.

Teguran dari Pencetus Ummah Syed

Gambar tersebut telah sampai ke pengetahuan salah seorang Pencetus Ummah, Syed dan dia telah menegur secara terbuka di akaun Instagram miliknya berkenaan tindakan swafoto Nabila Huda bersama anjing Husky mungkin akan menjadi ikutan masyarakat yang lain memandangkan dia seorang yang berpengaruh.

Respon Nabila Huda

Teguran dari Pencetus Ummah juga telah sampai ke pengetahuan Nabila dan dia turut membalas hujahan PU Syed dengan memuat naik video di IGTV.

Klik disini untuk melihat video tersebut

Tak kira lah siapa pun kita, kita perlu memberi teguran penuh dengan kelembutan dan yang menerima teguran pula perlu merendahkan ego. Jangan mudah melenting, mungkin apa yang ditegur ada betulnya cuma cara tak kena.

Nasihat kami, kalau tak nak ada kontroversi, tak perlu kongsi segalanya di media sosial. Simpan sendiri je!

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Ni Bila Mendidik Anak ,

 Unik Jugak Nama-Nama Jenis Rambut Perempuan Ni, Esok Nak Potong Rambut Lah!

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna