Mustahil Nak Hilangkan Selulit Di Peha? Ini Kata Pakar Dermatologi Dari New York

Percaya tak hampir 90 peratus wanita akan mengalami selulit yang susah untuk dihapuskan dengan rawatan? Mesti ada yang rasa malu bila berhadapan dengan suami kerana terdapat kulit yang tidak sekata dan bergaris-garis. Ramai yang menganggap bahawa selulit itu adalah lebihan lemak yang terkumpul.

Sebenarnya menurut Robyn Gmyrek seorang pengasas dari  Universiti Columbia (Cosmetic Skin & Laser Center) selulit terjadi apabila sel-sel lemak yang meningkat ke atas kulit sehingga ia terbentuk jalur tisu penghubung menjadi tidak teratur.

Image result for celulit women

Sumber: girlstrong

Perkara ini telah dipersetujui oleh pembantu dermatologi klinikal di Pusat Perubatan Gunung Sinai iaitu MD Jeannette Graf yang menyatakan selulit tidak ada kaitan dengan berat badan. Jadi jangan salah anggap ye, selulit ni bukan hanya orang gemuk je ada tapi yang si kurus pun boleh ada!

Anda perlu tahu terdapat beberapa perkara yang menyebabkan selulit ini boleh berlaku, antaranya adalah faktor genetik. Dr Gmyrek memberitahu bahawa dua perkara yang sering berkaitan dengan selulit ialah genetik dan gaya hidup seseorang. Proses selulit berlaku seawal anda berusia 20 tahun lagi, haa bagi anda yang dah terlambat tu jangan risau sebab Donna akan kongsi cara mudah untuk anda hilangkan selulit.

Related image

Sumber: biotyspa

Jom cuba cara di bawah :

  • Pastikan anda memberus kulit kering dengan berus badan yang tidak terlalu kasar. Untuk selulit di paha gunakan gerakan lawan arah jam untuk melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit.
  • Jadikan serbuk kopi sebagai skrub, lumurkan dan urut secara perlahan kemudian balut dengan plastik jernih. Bukan sahaja dapat menegangkan kulit, tapi bau kopi tersebut sebagai aromaterapi buat anda.
  • Selulit senang terjadi bila hormon tak menentu, dengan pengambilan minyak yang sihat ia mampu menghilangkan selulit. Apa kata anda tukar minyak sayuran kepada minyak omega 3 kerana ia membantu mengimbangi hormon dan mengurangkan selulit pada badan.

 

Sumber: goodhousekeeping

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna