Muntah Sampai Demam! Buat Penggemar Sushi Hati-Hati Mungkin Anda Termakan Cacing Parasit

Memang tidak dapat dinafikan makanan Jepun dan Korean menjadi pilihan masa kini tambah lagi buat golongan muda. Sushi dan makanan laut mentah bukan hanya terkenal di negara barat malah ia turut popular di negara Malaysia dan mula menjadi hidangan pilihan untuk makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Tapi apa yang merisaukan keadaan pada hari ini walaupun telah banyak perkongsian tentang bahayanya pengambilan makanan mentah secara berlebihan namun ramai yang tidak mengendahkannya. Para doktor sering memperingatkan tentang parasit bahaya yang bisa bersembunyi pada makanan yang anda makan.

Image result for eat sushi

Sumber: shapemagazine

Walaupun sushi diperbuat daripada bahan mentah segar sehingga ia menarik minat penggemar makanan Jepun namun disebabkan kesegaran tersebut terdapat beberapa kes yang dinamakan sebagai anisakiasis yang semakin menular. Ia adalah penyakit yang berpunca daripada cacing yang ada pada ikan dan boleh mengakibatkan rasa sakit, muntah dan cirit-birit.

Untuk pengetahuan anda ikan mentah boleh membiakkan cacing pita atau lebih dikenali sebagai parasit dan sushi yang anda makan kemungkinan ia mengandungi bakteria pathogen yang boleh memberi jangkitan kepada usus. Haa banyak juga kelemahan pengambilan sushi ni, jadi sebelum anda makan pastikan ianya diperbuat daripada bahan segar dan bersih.

Bukan tak boleh makan ye! Tapi lebih baik jika anda kurangkan pengambilan sushi untuk mengelak daripada terkena jangkitan dan sebarang penyakit. Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Tanpa Suntikan Dan Pembedahan, Guna Cara Paling Selamat Hilangkan Kedutan

 

 

 

Sumber: intisari

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna