“Mungkin Saya Akan Buka Cerita Sebenar..” Rihana Petra Bagi Hint Kongsi Rahsianya Dengan Sultan Kelantan

Saya tahu semua orang sangat mahu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya antara kami. Sebelum ini, saya tidak bersedia untuk menceritakan semuanya.. Kemungkinan, jika saya memberitahu anda kisah sebenar..”

Kisah cinta yang menjadi rahsia. Pertemuan di antara jelitawan Rusia dan juga yang mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pastinya menjadi tanda tanya seluruh rakyat sejak berita perkahwinan mereka tersebar meluas sehingga viral menjadi perbualan ramai. Pasangan diraja ini juga dikurniakan seorang cahaya  mata lelaki yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra.

Baru-baru ini juga menerusi akaun Instagram, Rihana Oksana Petra membuat kejutan dengan berkongsi bagaimana detik Sultan Muhammad V melamarnya untuk berkahwin.

Dalam tulisan panjangnya, beliau menceritakan bagaimana dirinya dan keluarga dijemput berkunjung ke Malaysia dan dilamar Sultan Kelantan. Sebelum itu, menurut beliau mereka hanya menjalinkan hubungan jarak jauh kerana terpaksa tinggal di New York atas urusan kerja.

“Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi.

Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia. Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah.”

 

Portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Rihana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November tahun lalu.

Selepas setahun berkahwin, rakyat dikejutkan sekali lagi dengan berita tergempar apabila Sultan Kelantan bercerai talak tiga dengan Rihana Oksana Gorbatenko.

Akhbar sebelum ini melaporkan tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan.

Beribu persoalan, namun tidak ramai berani bertanya dek kerana menghormati privasi baginda ketika itu.

Kisah Sebenar Bermula…

Bagaimanapun berkongsian bekas ratu cantik  tidak hanya terhenti menceritakan detik indahnya. Hari demi hari lebih banyak rahsia dikongsikan sehingga ramai tertanya-tanya apakah motif sebenarnya. Namun apa yang pasti ramai ternanti-nanti sambungan kisah cinta beliau bersama Sultan Kelantan yang disayangi rakyat ini.

“Kisah berkenalan kami.

Bahagian 3:
Sejak pertama kali saya lihat suami saya, saya tak tahu kenapa tapi dalam fikiran saya, saya yakin dia adalah bapa kepada anak-anak saya dimasa depan. Tapi ketika itu, saya cepat-cepat buang perasaan tu sebab masih terlalu awal.

Sultan Kelantan Pernah Berkahwin Sebelum Ini?

Sebelum suami saya pulang ke Malaysia, saya ada bertanya sama ada dia telah berkahwin atau mempunyai anak – dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai pada tahun 2015 kerana bekas isterinya dari Czech Republic telah berbohong bahawa wanita itu tidak mempuntai ikatan perkahwinan dan mengikut dokumen yang ada, wanita itu tidak bercerai dinegaranya pada waktu itu.

Suami saya berkongsi bahawa wanita itu selalu menggunakannya bagi mendapatkan wang dan bukannya berusaha mendapatkan zuriat. Suami saya memberitahu, dia tidak pernah mempunyai anak dan itulah impian terbesar dalam hidupnya.

Ketika kami tiba di Malaysia, suami saya berdiri di hadapan saya dengan pakaian yang saya tak pernah lihat iaitu tradisional Melayu, saya sempat bertanya kenapa dia pakaiannya kelihatan pelik, tiba-tiba dia membentangkan sejadah untuk solat dan sesudah itu dia berdoa. Itu kali pertama saya lihat orang Islam solat.

Selepas suami saya selesai solat, dia saya memberitahu satu hari nanti dia akan mengajar saya segala-galanya mengenai Islam. Bersambung lagi…”

Tiada kenyataan rasmi atau maklum balas daripada pihak Sultan Kelantan V dan setakat ini tidak juga dapat kita pastikan sama ada kenyataan ini adalah benar ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan perkongsian seterusnya daripada Rihana..

 

 

Artikel menarik:

Yang Tahu Je Tahu, Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Ke Gunung Tu..\

Migrain Bukan Sakit Kepala Biasa. Tak Pernah Rasa Tak Akan Faham!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian, Instagram

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna