“Mungkin RM1,000 Rendah,” – Denda Dinaikkan & Tiada Rayuan Untuk Pesalah PKP

Semalam, jam 4 petang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April akibat tiada perubahan besar yang berlaku sepanjang sebulan PKP dilaksanakan.

Macam mana tak ada banyak perubahan, masih ada lagi sesetengah rakyat Malaysia gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Haih, sedih!

Sumber: HM

Undang-undang diperketatkan…

Oleh itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mencadangkan untuk naikkan kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap pesalah yang melanggar arahan PKP kerana dalam tempoh empat minggu sebelum ini masih ramai yang ingkar arahan itu.

“Mungkin kalau perlu, kita naikkan tempoh penjara juga. Mungkin dengan usaha ini rakyat mula timbul rasa takut untuk mengingkar arahan PKP,” katanya ketika ditanya mengenai jumlah ingkar yang masih tinggi pada sidang akhbar hariannya di Putrajaya.

Sumber: theedgemarket

Katanya lagi, sejumlah 7,479 orang telah ditangkap untuk kesalahan berkaitan PKP sejak ia dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu. Setakat ini polis telah menahan sejumlah 666 individu kerana melanggar PKP dan daripada jumlah itu seramai 392 orang telah didenda RM1,000.

“Kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura, Korea Selatan dan Indonesia, sebenarnya denda dikenakan di Malaysia jauh lebih rendah jadi kita nak minta pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bincang dengan pihak Peguam Negara (AGC) tentang isu ini,” jelasnya.

Dengarkan ucapan penuh beliau…

Semoga tindakan yang lebih ketat ini mampu mendisiplinkan rakyat Malaysia agar mendengar arahan untuk mempercepatkan usaha memutuskan rantaian wabak berbahaya, COVID-19 ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Bersyukur Aku Di Malaysia,” – Cuba Lihat Cara Negara Luar Perangi COVID-19

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

 

 

 

 

 

Sumber: malaysiakinikinitv

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna