“Mungkin Jodoh Kita Masih Tadika,” Pelakon Bercinta Beza Umur 17 Tahun Jadi Perhatian

Semuanya bermula hanya dengan sekeping gambar raya. Lain macam betul gambar tersebut dengan baju sedondon dan kapsyen manis. Selepas ditanya, rupanya memang ada hubungan istimewa antara pelakon veteran Intan Ladyana dengan penyanyi Harris Alif.

Dalam satu kenyataan akhbar, Harris mengaku sedang dilamun cinta dengan Intan. Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah bagaimana mereka boleh jatuh cinta sedangkan umur mereka jauh berbeza iaitu 17 tahun!

 

View this post on Instagram

 

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

Tapi bagi Harris yang juga juara Idola Kecil 3, umur hanyalah angka. Apa yang penting ialah hati budi. Tambahan pula, kedua-dua keluarga pun merestui hubungan cinta mereka.

“Usia bagi saya hanyalah angka. Saya tak nampak ianya sebagai masalah kerana masing-masing tahu matlamat hubungan. Ramai dah buktikan umur bukan penghalang. 

“Intan orangnya sangat ringkas dan tak ada drama. Jadi banyak benda boleh masuk,” katanya.

Biar mereka bahagia

Netizen juga ramai yang memberi respon positif terhadap hubungan mereka. Ramai yang bersetuju mengakui bahawa hubungan mereka memang manis.

Betul tu! Usia hanyalah nombor. Kalau memang jodoh kita dengan seseorang yang lebih muda, apa salahnya kan? Ketentuan Tuhan ini janganlah kita persoalkan. Jadi kawan-kawan, mungkin kita masih ada harapan untuk bercinta dengan Hyun Bin. Dia masih 37 tahun ini. Tak ada masalah! Hiks!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: M Star

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna