Mungkin Anda Penyelamat Bila Tahu Tindakan Betul Nampak Orang Diserang Sawan

Eh! Dia sawan tu mata ke atas, badan tertarik-tarik. Allah… Apa nak buat ni?”

Siapa boleh jangka keadaan cemas begini berlaku depan mata. Waktu tu, kita pun buntu tak tahu apa nak buat tapi kalau kita tahu apa tindakan yang betul kemungkinan besar kita boleh jadi penyelamat mereka. Bukan apa, sawan bukan penyakit yang boleh dibuat main, jika kerap berlaku boleh mengancam nyawa.

Menurut kajian, sawan boleh terjadi apabila pelepasan cas elektrik yang berlebihan dalam sekumpulan sel otak. Misalnya, keadaan suhu badan terlalu panas mencecah 40 darjah, pengambilan alkohol berlebihan, stres, tidak cukup tidur dan faktor genetik. Sawan ini juga boleh berlaku pada setiap peringkat umur.

Rentetan itu, kami galakkan semua orang ambil tahu apa tindakan yang sepatutnya bila berdepan dengan orang yang sedang diserang sawan. Bukan apa, kebanyakan masyarakat melayu sering dimomokkan dengan mitos dan mereka percaya membuta-tuli tanpa bertanya dengan lebih pakar.

via GIPHY

 

Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan…

  1. Jangan panik atau sibuk mencari bantuan tapi, lihat keadaan mangsa sambil mengetahui berapa lama mangsa diserang sawan. Seminit? Dua minit atau lebih dari lima minit?
  2. Pastikan mangsa jauh dari barang yang berbahaya.
  3. Jangan sesekali masukkan sudu dalam mulut ketika atau selepas mangsa diserang sawan.
  4. Pusingkan badan mangsa mengiring jika mangsa tidak sedarkan diri selepas diserang sawan dan pastikan tidak menghalang pengudaraan masuk ke dalam badan mangsa.
  5. Kemudian, letakkan bantal kecil yang lembut atau apa-apa barang yang kecil di bawah kepala mangsa.
  6. Longgarkan tali leher atau longgarkan apa-apa yang mengetatkan bahagian leher mangsa.
  7. Elakkan menahan diri mangsa dari bergerak-gerak ketika diserang sawan.
  8. Pastikan anda sentiasa bersama mangsa sehingga mangsa selamat dirawat oleh pihak hospital.
  9. Beri kerjasama kepada pihak hospital yang merawat mangsa untuk beritahu detail keadaan mangsa ketika dan selepas diserang sawan.

Apa pun, jangan panik. Jagalah kesihatan dengan elok dengan menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, okay?

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja seanrai artikel berikut:

Jannah Diserang Sawan Tanpa Henti Selama 24 Jam. Ya Allah, Kau Kuatkan Anak Ini!

Gigih Nak Cantik Agaknya, Sanggup Minum Air Masak 7 Liter Boleh Jadi Kes Sawan Ni

 

 

 

 

 

Sumber: epilepsyfoundation

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna