Mulai Sekarang, Belajar Elakkan Guna Ayat Ini!

Setiap apa yang dituturkan di mulut kita, semuanya dapat menyentuh emosi seseorang yang mendengarnya. Tidak kira elemen positif ataupun negatif. Malah, setiap apa yang dituturkan ia sebenarnya menunjukkan siapa diri kita dan tahap IQ kita.

Tidak cukup dengan itu, segala apa yang anda perkatakan sebenarnya memberi kesan terhadap diri anda sendiri. Maksudnya, jika mengeluarkan kata-kata yang positif dan semangat untuk mencapai matlamat hidup, percayalah, anda akan mencapainya. Begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, Donna akan beri anda senarai perkataan yang patut anda elakkan mulai sekarang dan lihat hasilnya selepas seminggu! Mesti sekeliling anda semuanya aura positif je.

“Aku ni tak cantiklah…”

Perempuan sering mengalami masalah suka memandang buruk pada diri mereka, antara ayat yang Donna selalu dengar adalah “saya nampak gemuk hari ini” atau pun “ala, aku tak cantik la macam dia”. Walhal, tak la seperti yang dikatakan tapi, bila anda dah tuturkan pada mulut anda, otak anda akan membuatkan anda ke arah situ. Itu yang  membuatkan diri anda rasa kurang keyakinan diri.

Ha, nampak tak, bila kita keluarkan aura negatif, sekeliling kita pun akan jadi negatif. Mulai hari ini, gantikan perkataan yang positif. Cari kelebihan dalam diri anda, pasti anda akan kelihatan cantik luar dan dalam.

 

“Saya hanya….” atau “Kalaulah…”

Jangan hadkan diri anda dan hidup dalam berimaginasi. Contohnya, “aku hanya boleh lari 500 meter je, tak mampu nak lari lebih dari itu” atau “kalaulah aku ada perniagaan sendiri, aku mesti….”. Sebolehnya, fikir yang anda boleh lakukan dan cuba cari jalan untuk mencapai matlamat anda.

Berani mengambil risiko dan sentiasa mencari peluang untuk majukan diri. Secara tak langsung, sel-sel otak anda akan berhubung untuk mencari bagaimana cara untuk mencapai matlamat atau memenuhi keinginan anda. Tak percayalah? Cubalah!

“Saya tak boleh buat….”

Untuk mengubah atau melaksanakan sesuatu perkara, cuba jauhi ayat atau perkataan yang negatif. Hal ini kerana setiap bait ayat yang keluar dari kepala dan mulut kita akan mempengaruhi minda. Kalau mulut anda kata tak boleh, perkara yang sepatutnya anda boleh lakukan, terus jadi tak boleh.

Menurut sebuah kajian di United Kingdom, Pakar Psikologi Beverly Falaxington, jika anda mengatakan benda yang negatif, “saya tak boleh nak turunkan berat badan”, secara tidak langsung, minda anda akan fokus bahawa anda tak boleh lakukannya walau apa cara sekalipun.

“Esoklah…”

Selain daripada masalah menunda kerja, menunda matlamat hidup pun salah satu punca anda sukar untuk berjaya memenuhi kehendak dan keinginan anda. Antaranya, “Esoklah start diet” atau “Esoklah start bersenam”, lama-lama nanti terus tak buat.

Menurut seorang penulis Pakar Motivasi Diri, Noah St. John, perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk memenuhi kehendak dan keinginan anda adalah sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada diri anda. Elakkan berkata “esoklah…”, sebolehnya mulakan dari sekarang.

Ayat-ayat di atas ini adalah ayat yang penuh dengan unsur negatif dan kalau boleh ubah cara pemikiran kita melalui percakapan. Ha, kata-kata tu kan satu doa. Kalau kita mulakan percakapan dengan ayat-ayat positif, kita pasti akan berjaya!

 

 

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna