Muka Cantik Tapi Berdengkur. Aduh.. Potong!

Bunyi bising semasa bernafas ketika tidur terhasil kerana sebahagian daripada saluran pernafasan telah tersumbat.”

Ramai wanita mengalami masalah dengkur, tetapi ramai yang tidak sedar mereka berdengkur sewaktu tidur sehingga ada yang menegur. Penulis sendiri pernah ada kisah lucu melihat situasi seorang wanita jelita tidur berdengkur di dalam bas perjalanan jauh. Semua penumpang tidak menyangka, bunyi berdengkur kuat di dalam bas adalah daripada seorang wanita langsing dan cantik persis model. Bersimpati rasa dengan wanita tersebut mungkin tidak mengetahui atau menyedari bahawa dirinya mengalami dengkur yang sangat kuat. Berdengkur ketika tidur sering dianggap benda remeh dan sudah menjadi kebiasaan walaupun sebenarnya itu adalah petanda kepada masalah kesihatan. Malah, tanpa kita ketahui, berdengkur adalah gejala penyakit yang serius kerana ia boleh membawa maut. Bunyi bising semasa bernafas ketika tidur terhasil kerana sebahagian daripada saluran pernafasan telah tersumbat. Perkara ini berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi atau dengkuran itu terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. Dianggarkan seorang daripada sepuluh orang wanita menghadapi masalah dengkur dan kebanyakan daripada mereka berada dalam lingkungan umur pertengahan.

Sumber Foto: Google Image

  • Berdengkur peringkat pertama ialah, berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
  • Kedua, berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
  • Ketiga, berdengkur yang serius diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil sleep apnoea.

Sumber Foto: lifeadvancer.com

 

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya. Ia berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat. Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat. Jika berlarutan tanpa mendapatkan rawatan yang selanjutnya mereka terdedah kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti tekanan, sakit jantung, strok, kegagalan fungsi jantung dan kemurungan.

Namun, kebanyakan wanita tergolong dalam kelas pertama dan kedua dan mereka jarang sekali mengalami dengkuran yang serius. Mereka yang mengalami keletihan juga boleh mengakibatkan berdengkur. Golongan ini dikelaskan dalam berdengkur ringan kerana hanya berdengkur sekali sekala dan bukannya setiap malam. Disebabkan terlalu letih di siang hari, mereka akan berdengkur apabila otot-otot di bahagian leher kepala dan mulut mengalami kerehatan yang berlebihan.

 

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna