Mudah! Tumis Kacang Panjang Bersama Telur Masin

Baca je resipi, mesti ramai yang dah tahu dan pernah masak. Maklumlah masakan melayu kan, siapa je tak pernah cuba. Lebih-lebih lagi penggemar telur masin.

Tapi, setiap orang ada cara masak mereka yang tersendiri. Google la resipi ni di internet, pasti anda akan lihat bahan dan cara penyediaan yang berbeza. Jadi tujuan kami buat artikel ni adalah ingin kongsikan cara kami tumis kacang panjang bersama telur masin cara mudah, senang dan sedap!

Jadi, tak perlulah berada lama-lama di dapur. Jom kita lihat resipi tumis kacang panjang bersama telur masin.

Bahan penyediaan

  1. Bawang merah 1 biji.
  2. Bawang putih 5 ulas.
  3. Cili merah besar 4 batang.
  4. Kacang panjang seikat sudah dipotong sepanjang 1 cm.
  5. Telur masin yang sudah direbus.
  6. Perasa 1 sudu kecil.
  7. Gula 1 sudu kecil.

Cara penyediaan

  1. Tumbuk manja bawang merah, putih dan cili.
  2. Goreng bahan yang sudah ditumbuk sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan.
  3. Masukkan telur masin dan hancur tapi jangan terlalu lumat. Orang mat saleh kata, just nice.
  4. Masukkan perasa dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan kesemua potongan kacang panjang.
  6. Hidangkan!

Mudah saja kan? 7 bahan dan 6 langkah penyediaan. Tak sampai 10 minit, hidangan tumis sayur dah siap terhidang.

Oh! Nak lagi sedap, makan bersama sambal belacan. Memang padu habis sis!

Selamat mencuba!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Resipi Rahsia Udang Merah Petai Yang ‘Confirm’ Buat Bangkit Selera

Awas! Bahaya Beri Bayi Minum Air Masak

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna