Mudah, Sihat & Sedap. Sajikan Muffin Telur Untuk Sahur Anda

Muffin bukan sebarang muffin! Kali ini Donna nak share resepi yang agak berbeza namun pastinya sedap! Resepi ini sangat sesuai untuk disajikan pada waktu pagi sebagai menu bersahur kerana ia sangat mudah untuk disediakan.

Menu untuk kali ini adalah Muffin Telur Bakar. Jom lihat cara penyediaannya di bawah:

Bahan-bahan

4 Biji telur

6 Sudu kecil Nestle Yogurt

2 Sosej, yang dicincang

Keju diparut

½ Sudu kecil campuran herba

Lada hitam penambah rasa

 

Cara penyediaan

Pukul telur sehingga hancur. Sediakan bekas muffin yang telah disapu mentega dan masukkan sosej ke dalamnya. Masukkan yogurt, tuangkan telur ke atasnya. Sebagai penambah rasa, masukkan campuran herba dan lada hitam mengikut citarasa anda. Akhir sekali, letakkan keju diparut ke atas telur. Biarkan ia masak di dalam ketuhar dengan suhu  125°C selama 8 minit, dan siap untuk dihidang.

Oh, kalau nak senang, beli je semua bahan-bahan ni di pasaraya Giant berdekatan anda! Selamat mencuba!

Banyak lagi resepi menu sahur untuk anda semua:

Yummy! Hidangan Penuh Nutrisi Ini Sesuai Untuk Sahur

Tak Perlu Ke Perancis Untuk Dapatkan Roti Bakar Yang Sedap!

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna