Muat Naik Gambar ‘Baby Bump’, Netizen Gelar Anzalna Nasir Beyonce Malaysia

Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon cantik Anzalna atau nama penuh Nur Anzalna Md Nasir kelihatan sangat bahagia menempuh hari-hari kehamilan anak sulung pertamanya. Cahaya pertama sulung lah katakan!

Baru-baru ini pelakon berusia 31 tahun ini memuat naik gambar dirinya dengan baby bump berusia 6 bulan. Namun, bukan itu yang menarik perhatian Donna tetapi penampilan Anzalna persis artis Hollywood, Beyonce.

View this post on Instagram

Harini i feeling nak jadi Beyonce, tapi jadi beyoncit! 😅 Merasa juga la dengan pertolongan dari @schanooladiva and the team. 📸 @binbinx4

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Berdasarkan kapsyen pelakon Dendam Aurora, dia memang ingin kelihatan ala-ala Beyonce tapi disebabkan faktor perut yang semakin membesar, dia mengelarkan dirinya Beyoncit. Kelakarla Anzalna ni! Ahaks!

Seperti biasa, ramai pengikutnya membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan memuji kecantikkan Anzalna yang persis artis Bollywood itu sehingga mengelar diri artis pujaan mereka Beyonce Malaysia.

Memang Donna tak nafikan kecantikkan Anzalna memang superb! Yang penting, fulus kena ada untuk kelihatan cantik! Selamat menimang cahaya mata Anzalna.

 

 

 

 

 

Sumber: instagram Anzalna

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna