Mualaf Berusia Dibuang Keluarga,Terpaksa Tidur Sebelah Tong Sampah

Kisah kesukaran hidup seorang insan mualaf yang sudah berumur ini dikongsikan melalui media sosial. Kisahnya mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna Twitter memuat naik gambar pak cik ini. Bermulanya dengan mualaf berkenaan dikatakan telah dibuang oleh seluruh ahli keluarganya sejurus sahaja mendapati dirinya sudah memeluk agama islam.
Ternyata ujian hidup mualaf ini berterusan apabila beliau terpaksa hidup di jalanan kerana tidak mempunyai tempat untuk berlindung. Apa yang lebih menyedihkan apabila masjid ditutup bagi bertujuan untuk mengelak risiko penularan wabak covid-19, menyebabkan pak cik berumur ini terpaksa menjadikan kawasan yang berdekatan dengan tong sampah besar sebagai tempat beristirehatnya.

Pengguna media sosial Twitter itu menyatakan beliau memberikan peluang dan pelindungan sementara untuk pak cik tersebut membersihkan diri dan juga berehat di tempat kerjanya. Wanita itu juga menyeru sesiapa yang mampu untuk memberikan bantuan terhadap pak cik ini.

Selain dari itu, mualaf itu juga disifatkan tidak meminta-minta langsung dan kelihatan bersyukur akan bantuan sementara yang diperolehinya. Selain dari itu, pak cik ini juga dikatakan menjenguk di kawasan masjid yang berdekatan dan yang paling nampak sekali hati mulianya adalah dalam mengharungi kesukaran hidup yang sebegini, beliau mengutip sampah yang ada dan meletakkannya dalam tong sampah berdekatan. Alahai tak tahulah hati ni terasa sayu sangat!

Pak cik mualaf ini dibuang oleh ahli keluarganya dan juga adik beradiknya dengan tanpa belas kasihan. Tergamak  sungguh melayan darah daging begini hanya kerana berbeza kepercayaan. Selain dari itu, pak cik ini juga dikatakan mempunyai isterinya sahaja sebelum seorang diri dan dikatakan isterinya pula telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Donna berharap anda kongsikan artikel ini kepada esiapa yang mampu agar pak cik ini mendapat bantuan yang secukupnya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Twitter

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna