Mood Selalu Tiada Bila Suami Ajak ‘Bersama’? Dengar Penjelasan Doktor Ni

Bila bercakap tentang isu atas katil, tak ramai yang mampu buka mulut lebih-lebih lagi kalau kehangatan atas katil semakin hambar dan membosankan berpunca dari kita sendiri. Lagipun dalam Islam tidak dibenarkan untuk bercerita pada orang luar topik atas katil kerana perbuatan itu membuka aib pasangan.

Tapi kalau tak berkongsi cerita untuk berkongsi tip dan pendapat bagaimana cara memuaskan nafsu suami yang makin berusia makin hebat, sampai bila-bila takkan dapat jawapan. Sedangkan diri kita makin berusi makin rasa kurang pula berkeinginan untuk bersama. Kalau tak dilayan nanti, timbul masalah lain pula.

via GIPHY

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tak perlu pun bercerita pada orang. Sekarang ni, bidang sains dan perbuatan semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi.

Jadi, para doktor sekarang bukan saja dapat mengubati simptom demam, selsema atau melakukan perbedahan saja bahkan sudah ada pakar yang dikhususkan seperti masalah yang sedang dibincangkan sekarang ini iaitu seseorang tidak berkinginan untuk melakukan seks dalam tempoh yang panjang.

Memang perkara ini nampak normal bagi wanita yang kononnya akan melalui fasa monopos tapi anda perlu lakukan ujian saringan untuk melihat keadaan imun sistem badan anda. Kadang-kala bukan disebabkan faktor usia tapi mungkin berpunca daripada gaya hidup dan isu emosi.

Begitulah yang diterangkan secara ringkas dan padat oleh seorang doktor di salah sebuah klinik menerusi rakaman yang dikongsikan oleh salah seorang wartawan Berita Harian. Penerangan ringkas ini mungkin sedikit sebanyak dapat membuka mata sesetengah masyarakat Malaysia dalam menyelesaikan masalah ini.

 

Sebelum pergi mendapatkan khidmat kaunseling daripada doktor, sebaiknya tanya pasangan terlebih dahulu keadaan anda bila di ranjang. Bawa bincang terlebih dahulu. Jika gagal menyelesaikan, pergilah berjumpa dengan doktor. Isu hubungan intim jika tidak diselesaikan dengan baik kadang-kala boleh membawa kes penceraian. Sebelum terjadi, bertindak terlebih dahulu.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Dalam Rumah Tangga Wajib Amalkan Tip 4D ,

Tanda Rakan Anda Mungkin Mangsa Keganasan Rumahtangga

 

 

 

 

 

Sumber: ig jaydeesm

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna