‘Mood’ Raya Semakin Hampir, Hilang Bekas Jerawat Dalam Terdekat

Tengah duduk saja-saja anda selalu tengok apa dekat media sosial? Mesti jealous kan tengok kulit muka orang lain bersih je takda jerawat pun. Tapi wanita ni selalunya pantang ada jerawat, mesti gatal tangan nak picit kan. Dah picit baru lah menyesal sebab ada parut! Jangan risau, kalau anda semua nak cantik, jom ikut cara ni confirm dapat pujian masa beraya!

Related image

Sumber: shesaid

Ingat tak putih pun takpa, asalkan kulit anda bebas dari jerawat! Mungkin tip ni agak cliche, tapi mujarab tau. Nak kulit cantik dan bebas daripada masalah, sekurang-kurangnya anda kena minum air masak 2 liter sehari. Bila berbuka memang semua makanan nampak sedap, tapi anda kena kurangkan pengambilan makanan manis. Ini kerana, apabila kandungan gula dalam darah tinggi ia akan mencetuskan hormonal acne.

Image result for sweet food

Sumber: readerdigest

Nak cantik kena lah disiplin betul tak? Jangan malas cuci muka, walaupun anda duduk di rumah tetapi kulit muka anda masih terdedah kepada bakteria. Amalkan rutin asas penjagaan muka dengan double cleansing, kemudian cuci muka, toner dan pelembap. Bagi yang suka makeup tu, skrub juga penting untuk membuang sel kulit mati. Baru lah bekas jerawat semakin pudar, mudah kan?

Image result for cuci muka

Sumber:  hellosehat

Part ni mesti anda tak pernah buat kan? Wap muka! Sebenarnya senang je, ambil satu mangkuk berisi air panas, kalau ada minyak essential lagi bagus dan titik ke dalamnya. Ambil tuala dan tutup kepala, kemudian muka anda dihadapkan ke mangkuk. Bagus tau cara ini mampu membuka liang pori dan mengeluarkan segala kotoran secara efektif. Tunggu apa lagi, anda dah boleh start dari sekarang baru lah kulit flawless masa raya nanti!

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna