‘Mood’ Bercuti Kelaut Jika Pasport Hilang

Jika memilih untuk meninggalkan pasport di tempat penginapan, sila pastikan salinan pendua dibuat dan simpan dengan rapi dalam poket anda. Buat salinan muka surat depan serta bahagian stamp masuk ke negara tersebut telah dibuat.”

Pastport berfungsi sebagai dokumen perjalanan yang sah yang mengandungi maklumat seperti nama, jantina, tarikh lahir, tempat lahir dan maklumat kerakyatan seseorang. Merupakan dokumen pengenalan penting bagi setiap individu yang berada di luar negara. Ia tidak boleh dipindah milik atau diserahkan kepada orang lain.  Kehilangan pasport dan dokumen perjalanan pastinya merupakan suatu mimpi ngeri. Lagi-lagi apabila berada di luar Negara atau sebelum beberapa jam berangkat menaiki penerbangan. Sekiranya kehilangan pasport adalah disebabkan keciciran atau salah letak bukan sebab kecurian, ambil sedikit masa untuk mencari pasport anda terlebih dahulu. Jika masih tidak jumpa ketahui apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara ini berlaku kepada anda.

  • Laporkan Kehilangan Kepada Polis

Pastikan anda membuat laporan polis terlebih dahulu. Laporan tersebut haruslah tidak bercanggah dan benar. Laporan kehilangan penting sebagai dokumen untuk anda mohon pasport sementara atau untuk tuntutan insuran bagi kerugian akibat kos perjalanan dan sebagainya. Ia juga sebagai bukti agar pasport anda yang hilang itu tidak disalah guna oleh individu tidak berkenaan.

  • Dapatkan Nasihat Daripada Kedutaan Malaysia (jika kehilangan di luar Negara)

Dapatkan khidmat nasihat Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara untuk membantu anda pulang ke Malaysia dengan selamat. Pastikan sebelum melancong, anda tahu dimana lokasi kedutaan Malaysia di luar negara.

  • Mohon Sijil Pasport Sementara

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil pasport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara.  Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (satu hala sahaja) dan anda perlu mohon pasport baru bila kembali ke Malaysia.

 

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN!

Sumber Foto: 123rf.com

Sebaiknya, lakukan langkah-langkah pencegahan dan menjaga sebaik mungkin pasport walau di mana jua anda berada. Sentiasa pastikan pasport anda berada di dalam penjagaan yang selamat dan disimpan sebaik mungkin ketika berada di hotel atau ketika melakukan aktiviti liburan.

Sumber Foto: pexels.com

  • Buat salinan fotokopi pasport terbaru anda menggunakan telefon pintar terlebih dahulu atau buat satu salinan beberapa keping dan simpan dalam beg pakaian.
  • Asingkan ruang penyimpanan pasport dengan barangan berharga.
  • Jangan lupa dapatkan insuran perjalanan.
  • Jika memilih untuk meninggalkan pasport di tempat penginapan, sila pastikan salinan pendua dibuat dan simpan dengan rapi dalam poket anda.
  • Berpakaian sederhana jangan terlampau mewah, anda bakal menjadi perhatian si pencopet ketika melancong.

 

TRIVIA

Sumber Foto: Google Image

Pasport Malaysia ke-6 Paling Berkuasa Di Dunia

Laporan Indeks Pasport 2018 yang disediakan oleh Arton Capital menunjukkan pasport antarabangsa Malaysia berada di kedudukan tangga keenam paling berkuasa di dunia. Indeks Pasport itu merupakan rujukan mengenai semua pasport yang diberikan penarafan berdasarkan jumlah negara boleh dikunjungi dan dilawati oleh rakyat sesebuah negara tanpa visa atau memerlukannya sebaik sahaja tiba di negara ber­kenaan berdasarkan peraturan visa yang berkuat kuasa. Pengiktirafan ini adalah sesuatu yang dijangka memandangkan pasport Malaysia memenuhi garis panduan ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan boleh digunakan di 157 negara tanpa visa. Sejarah menunjukkan pasport Malaysia merupakan pasport pertama di dunia dilengkapi ciri keselamatan biometrik menggunakan cip mulai 1998. Ciri-ciri pasport Malaysia terus ditambah baik dengan ciri ke­selamatan tambahan bagi menepati piawaian Dokumen 9303 ICAO pada 2013 dan lokasi cip dimasukkan ke dalam halaman muka surat biodata pada 2016. Pasport terkini versi baharu ditambah baik dengan 50 ciri keselamatan tambahan, reka bentuk lebih unik, paparan mercu tanda negara, flora dan fauna tempatan serta menerapkan falsafah lima prinsip Rukun Negara. Ciri-ciri keselamatan tambahan ini meningkatkan kebolehpercayaan rakyat dan pihak berkuasa luar bagi mengukuhkan penggunaannya di luar Negara.

 

Sumber: rarecation  Jabatan Imigresen Malaysia

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna