Momen Sedih Bersama Suami Di Bawa Ke Pentas #SitiNurhalizaOnTour

Demam konsert jelajah #SitiNurhalizaOnTour di Malaysia, sabtu lepas pastinya belum lagi tamat. Lebih kurang 12 ribu penonton yang membanjiri ruangan Axiata Arena terpukau mendengarkan alunan suara merdu dan lantunan  hebat vokal penyanyi kesayangan negara iaitu Dato’Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti.

Namun, tiada siapa tahu di sebalik berdirinya kejayaan yang dicapai, terdapat seribu satu kisah yang dilaluinya sepanjang melebarkan sayap kariernya sebagai anak seni.

Beruntungnya Donna apabila menjadi portal digital rasmi #SitiNurhalizaOnTour dan diberi kesempatan untuk menemubual beliau di belakang pentas selepas beraksi di pentas. Antara soalan yang sempat Donna tanya adalah  momen yang menyentuh hatinya sepanjang usaha untuk melebarkan sayap ke mata dunia.

Jawabnya, dia mengakui banyak sebenarnya momen sebak yang ingin dipertontonkan pada malam itu tetapi yang di tekankan adalah waktu beliau menjaga suaminya, Dato’ Khalid Mohamad Jiwa jatuh sakit akibat kemalangan di New Zealand kerana tidak ramai yang tahu cerita sebenar.

“Saya hanya ingin kongsikan kepada peminat, cerita sebenar bagaimana penat lelah saya seorang isteri mengabadikan diri kepada suami dan bagaimana perasaan saya inginkan suami saya kembali pulih seperti sedia kala. Saya sanggup menghentikan karier saya selama 4 bulan semata-mata untuk menjaga Dato K. Dan untuk persembahan malam ini saya menyanyikan lagu khas buat suami saya iaitu lagu berjudul, Jaga Dia Untukku.

“Selain itu, saya juga menyajikan beberapa babak video ketika suami saya kemalangan di sana kemudian diangkat naik ke dalam helikopter sampailah sesudah kemalangan, saya pula menjaga dia. Saya hanya inginkan penonton untuk tahu lebih dekat tentang kehidupan saya.

“Pesanan saya untuk pasangan suami isteri di luar sana, kita haruslah menerima pasangan kita seadanya, bukan ketika seronok saja tapi saat sukar dan genting kerana disitulah sebenarnya Allah uji kasih sayang kita. Jadi, hargai dan sayangilah pasangan kita seikhlas hati,” katanya ketika menemubual di belakang pentas selepas persembahan #SitiNurhalizaOnTour.

Tokti turut bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar sepanjang persembahannya, serta turut meluahkan rasa terharu sepanjang melakukan konsertnya di Malaysia kerana melihat semua ruang tempat duduk Axiata Arena dipenuhi dengan peminat-peminatnya semata-mata untuk melihat dirinya menyanyi.

Anda boleh lihat temubual eksklusif bersama Tokti dan team Donna di belakang pentas selepas tamat konsert #SitinurhalizaOnTour di Malaysia di laman Instagram @thedonnamy.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna