Misteri Kehilangan Jim Thompson Di Cameron Highlands!

Jim Thompson atau lebih dikenali sebagai Thai Silk King merupakan seorang warga America yang popular menetap di Asia pada era 60 an. Beliau terkenal kerana pencapaian dalam menyelamatkan industri sutera di Thailand dari menjadi pupus.

Namun selepas kejayaannya, nama beliau menjadi lebih terkenal kerana berlaku satu misteri kehilangannya tanpa jejak sehingga ke hari ini. Jim Thompson ini dipercayai hilang dalam negara kita sendiri iaitu pada 26 Mac 1967. Wait what ?! here Malaysia?!

Foto:www.cpamedia.com

Sebelum kehilangan Jim Thompson ketika sedang bercuti di Cameron Highlands. Ketika itu, Thai Silk King itu menetap di Moonlight Bungalow yang kini dinamakan Jim Thompson’s Cottage. Cottage yang didiaminya pada ketika itu terletak berdekatan dengan sebuah hutan.

Hmm. Suspicious? Mungkin juga beliau inginkan vibe yang adventurous atau ingin dikelilingi oleh alam semula jadi. Macam kita ladies,sometimes kalau nak bercuti, kadang-kadang bergantung kepada mood juga kan? Mungkin ini juga yang diingini oleh beliau pada ketika itu.

Foto:remthailand.asia

Bagaimana Jim Thompson boleh hilang begitu sahaja? Tak akan tidak ada satu tanda atau pun petunjuk pun yang boleh membantu kes kehilangan ini? Okay, continue! Mengikut sumber, Jim dan rakannya dikatakan berjalan menerokai sebuah hutan tersebut dan setelah sekian lama, mereka mendapati sesat dan tidak berjaya menjumpai jalan keluar.

Pada hari kedua di dalam hutan, ketika rakan kepada Jim Thompson sedang tidur Jim dikatakan pergi berjalan seorang diri dan tidak kembali pada rakannya. Weird isn’t? The Owner kepada Cottage Moonlight Bungalow, Dr.Ling melaporkan kehilangan Jim Thompson kepada pihak berkuasa setelah beliau gagal pulang daripada sesi perjalanannya bersama seorang rakan.

Foto:www.quora.com

Pihak berkuasa meminta bantuan 30 orang asli untuk membantu mencari Jim Thompson pada hari yang sama namun gagal mendapatkan hasil. Pada keesokkan harinya, makin ramai yang sertai pasukan pencarian untuk mencari Jim Thompson dalam hutan itu. Akan tetapi masih gagal menemuinya!

Dikatakan lebih daripada 300 orang dan 200 pegawai polis, anjing pasukan, British Servicemen dan Police Field Force daripada Ipoh turut bergabung mencari ke mana hilangnya Jim Thompson. Pencarian tersebut dilengkapi dengan walkie-talkie dan pelbagai lagi peralatan bagi memudahkan sistem komunikasi.

Bukan itu sahaja, pencarian Jim ini turut disertai para bomoh dan mereka yang percaya mempunyai kuasa luar biasa. Pencarian Jim Thompson ini berterusan sehingga 11 hari dan disebabkan tawaran yang ditawarkan, masih ramai lagi yang mencarinya sehingga beberapa bulan.

Sadly, sehingga kini Jim Thompson ini kekal hilang tanpa jejak dan terdapat pelbagai jenis spekulasi yang timbul. Ada yang mengatakan beliau dibunuh, diculik dan terperangkap. Namun, buktinya tetap tiada!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Time Tunnel,Cameron Highlands

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna