Misi Bina Bangsa Negara Maju Bermula Dari Rumah

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dan teristimewa buat semua wanita di Malaysia.

Ulangtahun hari kemerdekaan setiap tahun pasti memberikan kita rasa kecintaan amat mendalam pada ibu pertiwi atas nikmat kemerdekaan yang tiada tandingan ini. Penulisan kali ini Donna ingin mengajak semua wanita hebat di Malaysia untuk terus berbakti dalam misi membina negara bangsa yang lebih maju dan berdaya saing untuk masa akan datang.

Bunyinya begitu formal dan patriotik bukan, bagilah chance untuk kita sama-sama menjiwai mood merdeka negara tu kan. 

Penghargaan atas perjuangan mempertahankan kemerdekaan tanah air sehingga saat ini wajar diberikan kepada semua wanita. Peranan membina negara bangsa dari akar umbi bermula dengan seorang ibu di rumah.

Masih ingat dengan kata-kata sumbang masyarakat sekeliling dahulu kala?, “belajar tinggi-tinggi pun ke ceruk dapur juga akhirnya”. Stigma ini semakin lama semakin dilupakan dan yang membanggakan apabila semakin ramai wanita hebat yang menerajui pelbagai sektor penting dalam negara.Terbaru apabila Malaysia mencatatkan sejarah melantik Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.

Hip hip hoorayyy

Dalam dunia digital sekarang isu mendidik anak-anak bukan lagi kerja mudah, cabarannya memang menduga kesabaran dan kasih sayang seorang ibu. Apatah lagi dengan kekangan masa kebanyakkan ibubapa ketika ini. Bagaimanapun, tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak dengan betul amat penting dalam memastikan generasi muda hari ini akan menjadi legasi pewaris negara yang bertanggungjawab serta berkualiti demi masa depan negara.

10 Tip keibubapaan cemerlang dunia akhirat PROF DR. MUHAYA 

1. Apabila tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah.

Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”. Mintalah apa-apa sahaja hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang kita ingat tersebut. Habiskan bacaan Al-Fatihah. Doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa di tidur, ucapkan bahawa “Ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh atau solehah.”

Cuba amalkan (ada ustaz kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Semasa bangun solat malam, solatlah hajat dan solat disisinya.

Maksudnya, kita solat dalam bilik  anak dan dekat dengan anak kita. Jika kita selalu buat dan kita beritahu anak kita yang kita sering doakannya, anak tersebut akan dapat merasakan satun  ikatan kasih sayang yang hakiki. Yang mana mereka dapat rasakan bahawa kita sangat sayangkannya dan mahu anak kita jadi anak yang soleh dan solehah.

4. Minta dikasihani.

Ucapkan setiap masa yang kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika anak-anak tidak menjadi anak yang soleh dan solehah bermakna mereka tidak sayangkan kita. Sudah tentulah kita akan merana di alam barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun anak sudah besar, sebagaimana kita menatang anak sewaktu kecil.

Serlahkan aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita berbangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.

Muhasabah diri. Berkemungkinan kesalahan yang dilakukakan oleh anak-anak kita sebenarnya berpunca daripa dosa-dosa kita yang lampau.

7. Jaga tutur kata.

Jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak, Jika ianya berlaku secara tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf. Mengakulah kepada anak kelemahan kita dan kita marah kerana menegur kesalahan mereka. Bukan bermaksud membenci mereka. Ceritalah nak buat macam drama pon boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya diri kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat.Wahai tuhanku, perkenankanah doa dan permohonanku.

9. Selalu ingatkan anak, tak guna ada pangkat, belajar tinggi hatta hafal Al Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.

Allah tidak memandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya Allah, lembutkan hati anak-anakku (sebut nama) untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi.”

Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh membawa bersama ibu bapanya ke neraka. Basuh beras lawan arah jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semasa melakukan perkara ini, hati jangan lalai, sentiasa ingat Allah.

Akhir kata Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan buat semua wanita hebat yang membentuk generasi masa depan yang hebat.

 

Penulis: Norsila Mustapa Kamal

 

 

 

 

 

Sumber gambar: Facebook , Polis Diraja Malaysia

Sumber tips keibubapaan:myliferia.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna