Misha Omar Persaing Terhebat Malam Pentas AJL 33

Kehangatan Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) kian terasa apabila semalam sidang media AJL33 secara rasminya telah mengesahkan sebanyak 12 buah lagu akan berentap di pentas akhir yang akan berlangsung pada 3 Februari 2019 (Ahad) jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Apa yang penting, AJL 33 kali ini masih mengekalkan pengacara yang sama seperti tahun sebelum ini iaitu Sherry Al Hadad dan Alif Satar kerana gandingan mereka berdua tak pernah mengecewakan penonton dengan gelagat mereka yang bersahaja. Pasti meriah malam AJL 33 nanti!

Walau bagaimanapun, pasti ramai yang ingin mengetahui adakah Altimet yang akan muncul pada malam AJL33 nanti? Seperti di maklumkan di sidang media, penyanyi kumpulan Defam yang akan menggantikan Altimet dengan lagu berjudul Bunga. Tak sabar pula nak tengok persembahan daripada Defam.

Semalam sempat Donna menemuramah beberapa penyanyi hebat yang akan berentap di pentas malam AJL 33 iaitu Siti Nordiana, Amylea ft. Kaer dan Haqiem Rusli. Donna bertanyakan, siapakah penyanyi yang mereka  rasa menjadi persaing hebat pada malam AJL 33 nanti? Rata-rata di antara mereka menjawab Misha Omar.

Apabila Donna menemubual penyanyi Sampai Bila itu sendiri, Misha sendiri mengatakan dia mencabar dirinya untuk mengetahui sejauh mana penerimaan pendengar terhadap diri dan lagunya setelah setahun berehat dalam dunia muzik. Fuh! Betul-betul hangat AJL 33 kali ni, tak sabar nak tengok persembahan kesemua penyanyi!

Kepada yang masih lagi belum lagi mendapatkan tiket AJL33, anda boleh membeli dengan melayari laman sesawang www.myticket.asia yang sudah pun dibuka pada 7 Januari 2019 lepas.

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna