Minuman Lazat! Jom Hidangkan Mocktail Raya Untuk Tetamu Anda

Bila tiba hari raya, pasti semua tidak lepaskan peluang untuk berkunjung rumah saudara-mara. Kemeriahan disambut dengan dihidangkan pelbagai juadah seperti lemang, rendang dan ketupat. Dah makan macam-macam, mesti ada di antara tetamu anda mahukan minuman yang dapat menghilangkan dahaga dan menyegarkan. Haa jangan risau, sebab Donna ada idea mudah untuk anda cuba!

Teh Limau Pudina Ais

Related image

Untuk menyuntik rasa segar, apa kata anda elakkan untuk buat minuman yang bersusu. Cipta minuman tropika ini dengan dua bahan mudah iaitu gula untuk dijadikan sirap, pati limau dan daun pudina. Ikut citarasa anda untuk memilih jenis teh yang sesuai, kemudian campurkan kesemua bahan tadi. Minuman ini sangat sempurna kerana elemen masam pada minuman teh dapat menghilangkan rasa loya.

Halia Limau Berbuih

Image result for lime ginger drink

Sumber: foodal

Biasalah, bila hari raya ni waktu pagi pun dah makan lemang! Lepas tu mula la sakit perut, perut kembung dan angin. Haa minuman ni sangat sesuai bagi tetamu yang menjaga kesihatan dan ia juga dapat mengurangkan kembung perut dan angin. Rata-rata ramai yang sudah tahu khasiat halia kan? Jadi mudah sahaja, anda hanya campurkan ke dalam air soda dan tambah sedikit serbuk limau nipis.

Teh Buah Ais

Related image

Sumber: chowhound

Siapa je yang tak suka buah kan? Tambah lagi, kanak-kanak, minuman ini bukan sahaja sedap tetapi dengan pekatan jus pasti akan membuatkan anda dan tetamu menikmatinya dengan penuh mengujakan! Resepi ini menggunakaan jus oren dan campurkan bersama teh. Haa mudah kan?

Sumber: unileverfood

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna