Minum Segelas ‘Confirm’ Ketagih, Jom Belajar Buat Air Jagung Kaw!

Kalau singgah ke  pasar malam, memang tak sah kalau tak beli minuman ni. Warna air jagung kuning yang pekat ditambah pula dengan ais yang banyak, memang confirm ramai yang beli dan ada sanggup yang beratur panjang semata-mata untuk dapatkan secawan air jagung.

Lepas ni tak perlu gigih nak cari air jagung viral yang sedap, sebab Donna akan kongsikan kepada anda semua resepi air jagung kaw yang anda boleh buat di rumah. Tak perlu banyak bahan pun, yang pastinya minum segelas pasti akan nak lagi. Jom lihat cara penyediaan di bawah.

Image result for corn juice

Sumber: morning

Bahan-bahan: 

1 Botol Kordial jagung
1 Tin Susu cair
1 Tin Susu pekat manis
Esen vanilla
Gula (ikut citarasa)
Garam (garam secubit)
2 Tin Jagung manis

Cara Penyediaan:

Masak atas dapur semua bahan-bahan sampai mendidih kemudian angkat dan letakkan ais dan boleh diminum.

Air jagung kaw ni mempunyai rasa yang mampu buat anda tak lena tidur malam, disebabkan ketagih hiks! Bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: vitdaily

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna