Minta Tutup Tahfiz Jika Haramkan Arak, Siapa Siti Kassim Ni?

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita, Siti Kassim melontarkan cadangannya sekolah tahfiz ditutup jika kerajaan ingin mengharamkan arak. Malah, pemikirannya liberal ini bukan kali pertama menjadi bualan orang ramai tapi beberapa tahun sebelum ini pernah pun terjadi.

Tapi, kami yakin ramai yang tidak tahu siapa Siti Kassim sebenar dan tertanya-tanya dari mana datang dirinya sampaikan dia cukup berani melantangkan pendapatnya yang terang-terang bercanggah dengan pendapat orang ramai.

Sumber: malaysiatoday

Siapa Siti Kassim?

Menurut satu portal, nama Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mula dikenali seluruh Malaysia pada tahun 2014 selepas Mahkamah Persekutuan  mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

Siti Kassim juga salah seorang anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR). Dia juga seorang peguam yang sering tampil memperjuangkan pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia.

Selain itu, Siti Kassim juga sebenarnya merupakan anak kepada seorang intelektual kontroversi Dr Kasim Ahmad yang merupakan bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan merupakan perjuang anti hadis di negara Malaysia pada tahun 1985.

Pengakuan dari rakan baiknya sendiri…

Malah, kawan baik kepada Siti Kassim sendiri telah membuka kisah silam Siti Kassim sendiri mengapa dia boleh berfikiran liberal.

Siapa Siti Kasim Yang Sebenarnya

SITI KASSIM ? Inspirasi nak share Ustaz ni cerita Siapakah Siti Kassim peguam tu yang sebenarnya, kalau korang nak tahu sejarah hidup Siti kassim , ni dia. Hurmmmm. Ape pendapat korang? Korang suka Siti Kassim tak ? Sumber youtube "Switch Ch"#Inspirasi #hangatmeletop #meletop #kisahbenar #kisahhidupsitikasimpeguam

Posted by Inspirasi Kehidupan on Sunday, June 24, 2018

Siapa pun dirinya dan apa pun cadangannya janganlah kita mudah melatah. Biarkan kerajaan dan Jabatan Agama yang menguruskan untuk tindakan apa yang sepatutnya mendiamkan Siti Kassim dari mempengaruhi orang ramai.

Tapi, ingin diingatkan, dengar boleh kalau nak percaya ikut pendapat masing-masing, okay? Paling penting, kita yang berpegang dengan ajaran Islam, harus fikir dan bertindak mengikut landasan agama.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saya Nak Anak Saya Juga Kejar Akhirat,” – Ammar Kongsi Hadiah Bersama Anak Tahfiz

“Ingat Ni Zaman Batu Ke Ustaz Nak Bawa EX” – Bengang Ustaz Ebit Dispekulasi, Anju Buka Mulut

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: blogmedia

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna